Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei FreeLace kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 369

Huawei FreeLace Malaysia

Huawei FreeLace kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 369

Berita baik bagi pendengar muzik yang sentiasa aktif dengan kerjaya dan aktiviti kecergasan, Huawei telah mengumumkan bahawa Huawei FreeLace kini telah ditawarkan di Malaysia mulai 12 Julai.

Huawei FreeLace membolehkan Huawei menawarkan pengalaman muzik yang premium dan kebebasan untuk bergerak dengan sokongan tanpa wayar.

Huawei FreeLace

Pengunaan dan penyambungan Huawei FreeLace adalah sangat mudah dimana buat kali pertama anda hanya perlu menyambung FreeLace ini kepada telefon pintar Huawei ( dengan EMUI 9.1) dan dengan serta merta akan disambungkan ( melalui HiPair).

Huawei FreeLace

Selain itu, Huawei FreeLace ini boleh dicaj menggunakan mana-mana telefon pintar yang mempunyai slot USB-C dan 5 minit pengecasan memberikan 4 jam waktu pendengaran muzik ( pengecasan penuh memberikan 18 jam pendengaran muzik).

Huawei FreeLace Color

Huawei FreeLace akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan oren dengan harga penjualan RM 369.

Pembelian boleh dilakukan di stor rasmi Huawei dan juga stor atas talian rasmi Huawei.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.