b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme menawarkan diskaun sehingga RM 300 pada 12 Julai ini di Lazada

Lazada Mid Year Festival Realme Malaysia

Realme menawarkan diskaun sehingga RM 300 pada 12 Julai ini di Lazada

Lazada Malaysia akan mengadakan satu penjualan khas pertengahan tahun yang dikenali sebagai ‘mid-year festival’ dan Realme turut tidak ketinggalan untuk menawarkan pelbagai model telefon pintar dengan promosi dan harga yang menarik.

Pada 12 Julai ini, penjualan besar-besaran ini akan berlangsung dan antara tawaran menarik daripada Realme adalah telefon pintar Realme C1 yang boleh didapati pada harga RM 349 sahaja.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Mulai sekarang hingga 11 Julai, Anda hanya perlu membayar deposit RM 34.90 dan melakukan ‘checkout’ pada 12 Julai untuk mendapatkanya pada harga istimewa ini (harga asal RM 399).

  • Realme C1 (2+16GB) *RM 349 ( promosi pra-jualan) RM 399
  • Realme C1 (2+32GB) RM 429
  • Realme 3 (3+32GB) RM 579+JBL Speaker
  • Realme 2 Pro (4+64GB) RM 499+Lazada Plus Care
  • Realme 2 Pro (8+128GB) RM 699
  • Realme 3 Pro (4+64GB) RM 899+JBL Speaker
  • Realme 3 Pro (6+128GB) RM 1099+JBL Speaker

Selain itu, berdasarkan jadual diatas anda sudah pasti sedia maklum bahawa pembelian Realme 2 Pro pada harga RM 499 akan turut menerima perlindungan Lazada Plus Care yang menawarkan jaminan waranti yang lebih menyeluruh untuk tempoh 12 bulan ( perlindungan skrin retak, penggantian komponen dan kerosakan elektrikal dan mekanikal).

Selain itu, anda juga akan menerima satu unit pembesar suara Bluetooth JBL secara percuma dengan pembelian Realme 3 (3/32GB) atau Realme 3 Pro.

Akhir sekali, pembeli juga berpeluang memenangi Baucar RM 20 dengan bermain permainan LazGame di aplikasi Lazada.

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599

harimaubet666.com