GIGABYTE memperkenalkan komputer riba penghasilan konten & gaming di Malaysia.
GIGABYTE memperkenalkan komputer riba penghasilan konten & gaming di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 4th Julai – GIGABYTE memperkenalkan model terkini AERO 15 Klasik line-up yang disasarkan pada pencipta konten dan juga AORUS line-ups baru yang ditujukan untuk gamers. Setiap line-upnya disokong dengan NVIDIA GeForce® GTX dan RTX-siri terbaru bersama-sama cip pemproses Intel® Core™ Generasi 9.
Bertajuk “Penciptaan on the Go,” pelancaran media menerangi tarikan utama GIGABYTE untuk memperkaya dan meningkatkan keupayaan output pencipta konten menerusi AERO 15 Klasik. Acara ini dihadiri beberapa penceramah dari GIGABYTE, NVIDIA, serta pereka 3D & motion yang berasal dari Malaysia, Ismail Amir Abdullah.
Reaksi berkaitan dengan penciptaan konten
Naib Presiden GIGABYTE, Encik Steven Chen percaya bahawa pencipta konten merupakan sesuatu bidang yang mencerminkan nilai dan saranan jenama untuk menghasilkan produk berkualiti.
“Dalam proses berkomunikasi dengan peminat mereka, para pencipta konten masakini perlu mengambil peranan yang lebih responsif dan yang berkemampuan untuk menyesuaikan diri. Keupayaan untuk mendidik, menghibur dan bercerita adalah penting dalam membina pengikut-pengikut/penggemar-penggemar yang setia dan luas. Dengan Aero 15 Classic terbaru kami, GIGABYTE bermatlamat untuk mengubahsuaikan semula pasaran masa depan bagi komputer riba melalui penghasilan produk-produk yang serasi dengan keperluan pencipta konten. Kami meramalkan bahawa keluaran terbaru kami ini akan membantu menelurkan sekumpulan Brilliant Creators dengan penggunaan peranti-peranti berkaliber dan berkualiti tinggi dari GIGABYTE. “
Aero 15 Klasik: Pemproses Mobile 8-Teras, Bateri 94Wh yang terbesar dalam industri dan ciri-ciri premium yang lain
Notebook AERO 15 Klasik dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ Generasi 9, i7 & i9 yang mampu membekalkan kuasa pengkomputeran yang sememangnya luar biasa kepada setiap pengguna. Pemproses 8-teras mampu boleh dilewahjam sehingga 5.0GHz menjadikan peningkatan prestasi sebanyak 25% berbanding dengan pemproses sebelum ini. Melalui kerjasama dengan gergasi teknologi seperti Intel dan Microsoft, AERO 15 Klasik dibina dengan konsep “All Intel Inside”, menjadikannya siri komputer riba berprestasi tinggi pertama yang dilengkapi dengan AI (Artificial Intelligence). AI yang berkerja secara automatik mengesan dan mempelajari tabiat kerja pengguna komputer riba, menukar kuasa antara CPU dan GPU untuk membantu pengguna mencapai prestasi terbaik tanpa mendatangkan halangan terhadap keperluan mereka. AERO 15 Klasik dilengkapi dengan bateri besar 94Wh yang dilengkapi dengan hayat bateri sehingga 8 jam untuk meningkatkan prestasi kerja. Bagi kad grafik, AERO 15 Klasik dilengkapi dengan RTX™ GeForce® GPU siri-20 terbaru yang mampu menyokong Real Time Ray Tracing, teknologi deep learning technology (DLSS) dan juga NVIDIA Adaptive Shading® (NAS).
Antara komponen-komponen premium AERO 15 Klasik juga termasuk: Intel® 760p SSD, Thunderbolt™ 3 port, penyesuai Wi-Fi Intel® based Killer®, skrin 4K AUO, Panel 240Hz IGZO Sharp, LG Panel 144Hz FHD, Samsung® untuk modul memori, cip Wi-Fi Killer™, X-Rite™ Pantone® dan teknologi bunyi Nahimic™ 3.
Semua komponen di atas ini menggambarkan sudut premium dan ketinggian produk tersebut dengan menggunakan binaan & reka bentuk.
Mengundangi Animator Rising 3D: Pengalaman Encik Ismail sebagai pencipta konten
Sebagai sokongan terhadap pelancaran media, Encik Ismail Amir bin Abdullah (IG: @amr_render) nama yang semakin dikenali di dunia 3D & reka bentuk motion turut hadir. Dalam sesi pengkongsianya, Encik Ismail berkongsi pengalaman beliau dalam menggunakan AERO 15 Klasik berkata prestasi bekerja keseluruhannya meningkat, kerana keupayaannya untuk menerjemahkan idea-idea terus ke dalam laptop tanpa halangan di mana jua.
“Peluang untuk menggunakan komputer riba yang dihasilkan khas untuk para pencipta konten untuk tempoh yang panjang sememangnya membuka mata saya. Pada masa lepas, saya memang sedar dengan kelemahan kompute riba apabila saya terpaksa bergantung pada komputer riba lama saya yang juga direka secara agresif untuk gamers ,”katanya.
“Memiliki AERO 15 Klasik memberikan saya keyakinan untuk menghabiskan kerja saya disebabkan oleh prestasi dan reka bentuknya yang anggun. Perisian artificial intelligence (AI) yang dibenamkan dalam komputer riba ini membolehkan multi-tasking yang mencecah tahap melampau (Cinema 4D, After Effect, Photoshop, Illustrator, Daz Studio, Octane Render dan lain-lain) yang memenuhi keperluan rendering saya. Tambahan lagi, ciri reka-bentuknya yang menitikberatkan prestasi ventilasi juga memastikan bahawa output saya selaras dengan piawaian yang saya tetapkan untuk diri saya, ” tambahnya lagi.
Memperkenalkan talian produk gaming: AORUS
GIGABYTE juga memperkenalkan komputer riba AORUS sebagai talian produk gaming bagi GIGABYTE Group, antaranya termasuk AORUS 5, AORUS 7 dan AORUS 15. Komputer riba yang paling menonjol ialah AORUS 15, yang diperkenalkan sebagai komputer riba prestasi terbaik di bawah 1 inci, di mana skor 3Dnya memenangi komputer-komputer riba yang lain. Notebook-notebook tipis ini menggunakan Teknologi WINDFORCE yang dihasilkan oleh pasukan pakar kad grafik AORUS yang terkenal yang mampu memberikan pelesapan terma laptop yang terbaik untuk meningkatkan prestasinya di samping mengekalkan reka bentuk yang menyenangkan mata dari segi estetika. AORUS 15 merangkumi pilihan panel 240 Hz untuk sesiapa yang mengingini pengalaman gaming visual yang lebih baik. Bagi mainstream gamers, AORUS 5 dan AORUS 7 mempunyai panel 144Hz LG® IPS dan Samsung® untuk modul memori, penyesuai Wi-Fi Killer™, teknologi bunyi NAHIMIC™, pemproses Intel®, Intel® SSD dan pemproses grafik NVIDIA® .
Talian produk AERO dan AORUS dijangkakan boleh didapati di Malaysia mulai 15th Julai melalui pengedar-pengedar dan pedagang-pedagang terpilih.
Mengenai GIGABTYE
GIGABYTE Technology Co. Ltd., di mana ibu pejabatnya bertempat di Taipei, Taiwan, dikenali sebagai jenama terkemuka dalam industri IT dengan pejabat cawangan yang meliputi 24 negara di seluruh dunia. GIGABYTE yang ditubuhkan di tahun 1986 memulakan langkah pertamanya sebagai satu pasukan kecil R&D dan telah menjadi sebagai salah satu pengilang utama motherboard di dunia semenjak itu . Selain motherboard dan kad grafik, GIGABYTE terus memperluaskan portfolio produknya untuk melingkungi notebook dan PC desktop, server pusat data, produk rangkaian, telefon bimbit dan kelengkapan hiburan rumah untuk memberikan perkhidmatan kepada setiap aspek kehidupan digital di rumah dan juga pejabat. Setiap hari, GIGABYTE bertekad untuk “Meningkatkan Kualiti Hidup Anda” dengan teknologi inovatif, kualiti yang luar biasa dan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingannya. Sila melawati www.gigabyte.com untuk maklumat lanjut.
Mengenai AORUS
AORUS dinamakan dari Horus, tuhan perang kuno yang diibaratkan sebgagai lambang keberanian dan kebijaksanaan. Tujuan AORUS diciptakan adalah untuk memberikan kuasa muktamad kepada gamers dan membolehkan gamers untuk meraih kemenangan yang sewajarnya. Logo AORUS membawakan maksud kelajuan dan kekuatan helang, sama dengan prestasi yang ditunjukkan oleh setiap produk AORUS. Lencana helang melambangkan satu gabungan prestasi yang dinamik tanpa mengabaikan ketenangan, ketepatan kecemerlangan dan tindak balas yang pantas terhadap tekanan. Semua sifat yang disebutkan telah menentukan juara dalam mana-mana jenis persaingan sepanjang beberapa generasi.
Dengan penggabungan fungsi yang mantap, prestasi sensasi dan reka bentuk yang estetiknya tulen , AORUS mencabar merit sedia ada dengan inovasi yang paling unggul dan sudah ditakdirkan untuk memberikan tanggapan yang sukar dilupai dalam sejarah gaming. Rangkaian penuh produk-produk AORUS akan sentiasa direka untuk memenuhi kehendak golongan-golongan yang mencari kepuasan paling tinggi dalam gaming dengan menawarkan gaming gear yang berprestasi tinggi.
Untuk maklumat lanjut mengenai GIGABYTE Malaysia, sila layari laman web GIGABYTE Malaysia atau melawati halaman Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/GIGABYTE.Notebook.Global/ dan Instagram di https://www.instagram.com/gigabyte_official/.