Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo umumkan telefon pintar iQOO 5G dengan pengecasan pantas 120W dan gelas Vivo AR

Vivo umumkan telefon pintar iQOO 5G dengan pengecasan pantas 120W dan gelas Vivo AR 1

Vivo umumkan telefon pintar iQOO 5G dengan pengecasan pantas 120W dan gelas Vivo AR 2

Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar 5G komersial pertama yang akan memasuki pasaran didalam masa 3 bulan lagi.

Ianya adalah telefon pintar Vivo iQOO dengan sokongan 5G yang menggunakan pemproses Snapdragon 855 yang disambungkan pada modem X50.

spesifikasi lain Vivo iQOO 5G dijangka sama seperi Vivo iQOO yang diumumkan sebelum ini.

Vivo umumkan telefon pintar iQOO 5G dengan pengecasan pantas 120W dan gelas Vivo AR 3

Selain itu, Vivo  juga telah memperkenalkan    teknologi pengecasan terpantas didunia iaitu Vivo Flash SuperChager 120W yang mampu mengecas bateri 4,000mAh ke tahap 50% dalam masa 5 minit atau pengecasan penuh dalam masa 13 minit iaitu pada kadar 20V/6A.

Walaupun diumumkan bersama, masih belum dapat dipastikan samada Vivo iQOO 5G akan memiliki teknologi pengecasan Vivo Flash SuperCharge 120W ini.

Vivo umumkan telefon pintar iQOO 5G dengan pengecasan pantas 120W dan gelas Vivo AR 4

Selain itu, Vivo turut memperkenalkan gelas Vivo AR yang menggunakan dua skrin 720p dan menawarkan pergerakan sehingga 6 darjah.

Vivo AR boleh digunakan untuk permainan video AR, video 3D dan turut boleh digunakan dalam bidang profesional (disambungkan terus kepada telefon pintar).

Dengan pengumuman ini, Vivo kini sudah boleh mengorak langkah untuk melancarkan Vivo iQOO 5G ke pasaran tidak lama lagi.

Vivo iQOO dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM

Vivo APEX 2019 – apa yang menarik pada telefon pintar konsep terbaru Vivo ini

Vivo berjaya menjual 23.2 juta unit telefon pintar pada 3 bulan pertama 2019

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.