b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo Y15 secara eksklusif pada harga RM 299 melalui pelan Digi 58

Dapatkan Vivo Y15 secara eksklusif pada harga RM 299 melalui pelan Digi 58 1

Vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar Vivo Y15 yang baru boleh dimiliki secara eksklusif pada harga RM 58 melalui pelan Digi Postpaid 58 iaitu mulai 27 Jun ini.

Pelan Pascabayar Digi Postpaid 58 ini menawarkan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian dan 25GB internet bulanan pada harga RM 58 sebulan.

Vivo Y15 adalah telefon pintar terbaru Vivo untuk hadir dengan skrin paparan Halo FullView berukuran 6.35-inci pada resolusi HD+, pemproses MediaTek Helio P22,4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Vivo Y17 ini juga memiliki tetapan tri-kamera AI 13MP + 8MP + 2MP selain kamera selfie 16MP.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Vivo Y17 ini juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan UI FunTouch OS 9 berasaskan Android 9.0.

Vivo Y15 ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru aqua dan merah burgundy yang menarik.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melakukan pembelian dengan mengunjungi mana-mana stor Digi atau secara atas talian mulai 27 Jun ini.

Maklumat lanjut boleh diketahui di laman sesawang Vivo Malaysia’  https://www.vivo.com/my dan juga di akaun Facebook  https://www.facebook.com/VivoMalaysia.

harimaubet666.com