Xiaomi Mi 9T bakal dilancarkan tidak lama lagi – versi antarabangsa Redmi K20
Xiaomi nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi model flagship Mi 9 yang akan dikenali sebagai Mi 9T.
Xiaomi Mi 9T yang telah disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi mungkin merupakan nama antarabangsa bagi Redmi K20 dan terdapat juga kemungkinan Mi 9T Pro juga hadir sebagai versi antarabangsa bagi Redmi K20 Pro.
Redmi K20 dan Redmi K20 Pro yang dilancarkan beberapa hari lalu dipasaran China telah diberikan gelaran flasghip killer 2.0 namun dengan nama Mi 9T, harga penjualan telefon pintar ini mungkin lebih premium.
Antara spesifikasi utama Redmi K20 dan Redmi K20 Pro adalah skrin paparan AMOLED, pemproses Snapdragon 855/Snapdragon 730, kamera 48MP Sony IMX586, kamera selfie pop-up 20MP dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas.
baca laporan pelancaran Redmi K20 dan Redmi K20 Pro yang mempunyai harga penjualan yang sangat kompetitif
Buat masa ini masih tidak dipastikan sama ada Xiaomi Mi 9T akan memasuki pasaran Malaysia dibawah penjenamaan yang mana khususnya kerana Redmi kini sudah mempunyai profil media sosial yang berasingan.
Ikuti laman sosial Redmi Malaysia untuk perkembangan terkini :
Facebook: www.facebook.com/Redmi-
Instagram: https://www.instagram.com/
Twitter: https://twitter.com/
YouTube: https://www.youtube.com/
TikTok: http://vt.tiktok.com/JArb94/
ULASAN : Redmi Note 7 – telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia