Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme dinobatkan jenama telefon pintar No.1 di kempen Raya dengan Shopee

Realme jenama telefon pintar mampu milik terhangat di Malaysia baru sahaja meraikan ulang tahun pertama kewujudan syarikat ini.

Walaupun hanya berusia 12 bulan, Realme telah berjaya memecahkan banyak rekod penjualan di beberapa pasaran termasuk di Malaysia.

Realme kini telah dinobatkan sebagai jenama telefon pintar No.1 di platform Shopee ketika penjualan Raya dengan Shopee yang kini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 6 Jun 2019.

Sempena kempen Raya dengan Shopee, Realme telah menawarkan pelbagai promosi dan diskaun menarik antaranya ialah Realme C2 yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lalu.

Realme yang merupakan anak syarikat Oppo telah berjaya mencapai jumlah penjualan unit tertinggi dari 21-24 Mei 2019.

Pencapaian sebagai jenama telefon pintar No.1 di Shopee membuktikan bahawa pengguna di Malaysia mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Realme.

Lihat stor Realme di Shopee

Selain Realme C2, Realme juga telah memperkenalkan Realme 3 yang kini ditawarkan pada harga dari RM 599 selain model flagship Realme iaitu Realme 3 Pro yang hadir dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja.

Baca ulasan Realme 3 dan Realme 3 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada pautan dibawah :

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

Perkongsian Gambar-Gambar Yang Diambil Melalui Realme 3 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.