Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme C2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 429

Selain Realme 3 Pro, Realme juga telah melancarkan Realme C2  ke pasaran Malaysia.

Realme  C2 ini hadir dengan reka bentuk ala potongan bernilai menjadikanya sebagai model dengan reka bentuk paling cantik pada tahap harga ini.

Realme C2 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.1-inci, pemproses Helio P22 berkelajuan 2.2GHz, konfigurasi RAM dan memori dalaman 2GB/16GB atau 3GB/32GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Realme C2 juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 13+2MP dengan mod chroma boost dan rakaman video gerak perlahan 80/480p kamera selfie 5MP, ColorOS 6 dengan Android Pie

Selain itu, Realme C2 juga hadir dengan AI Facial Unlock dan sokongan tiga SIM (2 nano + 1 microSD).

Realme C2 hadir dengan harga penjualan seperti berikut :

Realme C2 2GB/16GB – RM 429

Realme C2 3GB/32GB – RM 499

Penjualan melalui wakil penjual sah di seluruh Malaysia akan bermula 18 Mei 2019 manakala penjualan di Shopee pula akan bermula pada 21 Mei 2019.

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

Vivo V15 edisi Blossom Pink kini ditawarkan secara rasmi dengan harga penjualan RM 1,299

Perkongsian Gambar-Gambar Yang Diambil Melalui Realme 3 Pro

Samsung Galaxy Tab S5e, Tab 10.1 dan Tab A dengan S-Pen kini di Malaysia dengan harga dari RM 899 sahaja

Comments

comments