Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pakej Xiaomi Mi Smart Home membolehkan anda memiliki peranti pintar untuk rumah anda dengan lebih murah

Mi Malaysia telah mempersembahkan satu pameran ekosistem peralatan pontar Mi Smart Home sempena majlis berbuka puasa bersama media.

Xioami telah memberikan pihak media dan pengunjung kebolehan untuk mencuba sendiri lebih 30 peranti iOT Xiaomi yang dibahagikan kepada 5 senario rumah pintar.

5 senario konsep rumah pintar Xiaomi adalah di ruang tamu(Mi Smart Sensor Set, ​Mi Home Security Camera 360° 1080P, Mi Air Purifier 2S, Mi Robot Vacuum Cleaner, Mi Laser Projector 150″ etc​), bilik tidur (Mi Motion-Activated Night Light, Mi TV, ​Mi LED Smart Bulb etc​), bilik air(Mi Electric Toothbrush, soap dispenser etc), dapur(Mi Induction Cooker, Mi IH Rice Cooker and Mi Smart Kettle) dan pembelajaran(Mi LED Desk Lamp).

Dengan komitmen untuk membawakan kehidupan yang pintar ke lebih banyak rumah di Malaysia, Xiaomi telah mengumumkan dua pakej Smart Home yang menawarkan penjimatan untuk pembelian ekosistem Mi Smart Home.

Dua pakej Mi Smart Home yang ditawarkan adalah pakej Standard dan pakej Premium iaitu masing-masing pada harga RM 599 dan RM 2,799 ( dari 18 Mei sehingga 5 Jun 2019).

Pakej Standard Mi Smart Home hadir dengan peranti iaitu satu unit Mi Smart Sensor, dua unit lampu Mi LED Light Bulb dan satu unit kamera Mi Home Securit Camera 360° 1080P

Pakej ini hadir dengan harga penjualan RM 599 sahaja berbanding harga asal RM 686 dan pembelian boleh dibuat di stor Mi di seluruh negara.

Pakej Premium Mi Smart Home hadir dengan 9 peranti iaitu satu unit Mi Smart Sensor, dua unit Mi LED Light Bulb, dua unit Mi Bedside Lampu, satu unit Mi Smart Kettle, satu unit Mi Robot Vacuum dan dua unit Mi Ceiling Light.

Pakej Premium Mi Smart Home ini pula hadir dengan harga penjualan RM 2,799 berbanding harga asal RM 2,981 dan pembelian boleh dibuat di stor Mi di seluruh negara.

Selain itu, pelanggan juga diberikan kebebsana untuk memilih peranti pintar didalam eksosistem Mi Smart Home ini mengikut kehendak dan citarasa mereka.

dapat info lanjut di xiaomi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.