b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 1

Asus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu ZenFone 6(ZS630KL).

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 2

Asus ZenFone 6 hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan keluli dimana pada bahagian hadapan terdapat lapisan gelas Corning Gorilla 6, rangka aluminium siri-6000 dan panel belakang juga dibekalkan oleh Corning.

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 3

Asus ZenFone 6 juga telah menggunakan penyelesaian kamera flip yang menjadikan permukaan panel hadapan ZenFone 6 dipenuhi skrin sahaja.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 4

Rangka kamera flip ini diperbuat daripada keluli cecair yang lebih ringan dari keluli biasa namun 4x ganda lebih kukuh dan akan tertutup secara automatik apabila peranti mengesan jatuhan.

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 5

Sensor kamera yang digunakan adalah kombinasi kamera 48MP Sony IMX586 f/1.8 dan sensor lensa lebar 125° 13MP.

Kamera ini juga mampu merakam video 4K 60fps dengan EIS, HDR+ dan mod malam.

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 6

Bercakap mengenai skrin, Asus ZenFone 6 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.4-inci dengan nisbah skrin kepada badan 92% dan Asus masih mengekalkan pengunaan capjari pada panel belakang dan bukanya pada skrin.

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 7

Asus ZenFone 6 akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855, kapasiti RAM sehingga 8GB dengan memori dalaman sehingga 256GB (UFS 2.1).

Asus ZenFone 6 juga hadir dengan sokongan tri-SIM (dua SIM + satu microSD), pensijilan audio Hi-Res dan dual amplifiers.

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 8

Seperti telefon pintar siri ZenFone Max, Asus telah turut menawarkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang hadir dengan pengecasan pantas 18W (QuickCharge 4.0) yang juga hadir dengan mod ‘constant charging’ (tiada pengecasan tanpa wayar).

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 9

Bercakap mengenai UI pula, Asus ZenFone 6 hadir dengan ZenUI 6 yang mirip sistem operasi Android Pie yang asli dan Asus juga menyatakan komitmen untuk menjadikan ZenFone 6 sebagai antara telefon pintar terawal untuk menerima Android 10 Q dan Android 11 R.

Asus ZenFone 6 dilancarkan secara rasmi dengan kamera flip 48MP+13MP dan bateri 5,000mAh 10

Bersama-sama kotak pembelian, Asus akan turut menyertakan ZenEar Headphones yang turut menyokong Hi-Res Audio dan ianya menggunakan bicu audio 3.5mm.

Asus ZenFone 6 akan memasuki pasaran Eropah terlebih dahulu dengan harga penjualan $499 atau sekitar RM 2,076

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengumuman mengenai pelancaran Asus ZenFone 6 di Malaysia.

sumber

harimaubet666.com