Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 7 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan skrin 90Hz, Warp Charge 30W dan tri-kamera

OnePlus secara rasminya telah melancarkan Siri telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro.

OnePlus 7 Pro hadir dengan reka bentuk yang sepenuhnya berlainan dari generasi sebelum ini dengan penambahbaikan dari pelbagai aspek.

OnePlus 7 Pro hadir dengan skrin paparan Fluid AMOLED QHD+ berukuran 6.67-inci dengan kadar  refresh 90Hz yang menawarkan animasi UI dan gaming yang lebih lancar dan juga dengan sokongan HDR10+. ( dilapisi panel gelas keselamatan Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang).

OnePlus 7 Pro turut disertakan dengan sensor capjari terbina pada skrin generasi ke-3 yang lebih besar dan lebih pantas.

Tidak seperti pada OnePlus 7, OnePlus 7 Pro hadir dengan teknologi kamera selfie terangkat menjadikan sepenuh permukaan hadapan yang didedikasi untuk skrin.

Kamera selfie terangkat ini juga hadir dengan satu mekanisma perlindungan yang akan menutup modul selfie ini secara automatik apbila ianya mengesan jatuhan dan ianya dijangka mampu bertahan sehingga 300,000 kitaran pengunaan.

Selain itu, OnePlus 7 Pro juga menjadi telefon pintar pertama OnePlus untuk hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu kombinasi sensor 48MP Sony IMX586 f/1.6 dengan sokongan OIS,EIS,  mod UltraShot dan Super Resolustion.

Dua sensor sampingan ialah satu sensor telefoto 8MP yang menawarkan pengzooman 3x dan satu sensor lensa lebar 16MP. Ianya turut hadir dengan  dwi-flash LED dan pemfokusan auto laser.

OnePlus 7 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 855 yang turut hadir dengan teknologi penyejukan vapor chamber 10-lapis, tiga pilihan RAM iaitu 6GB/8GB/12GB dan dua kapasiti memori dalaman iaitu 128GB/256GB iaitu jenis UFS 3.0 yang 78% lebih pantas berbanding jenis storan UFS 2.1

OnePlus 7 Pro juga hadir dengan pembesar suara stereo Dolby Audio, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 30W yang dikenali sebagai Warp Charge.

 

OnePlus 7 Pro akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu biru nebula gradiasi dan dua warna berkilau iaitu kelabu dan emas almond.

Harga penjualan OnePlus 7 Pro di India adalah seperti berikut :

OnePlus 7 Pro 6GB/128GB – INR 48,999 (RM 2,899

OnePlus 7 Pro 8GB/256GB – INR 52,999 (RM 3,136)

OnePlus 7 Pro 12GB/256GB – INR 57,999 (RM 3,432)

Harga penjualan di Malaysia masih belum diketahui namun segala-galanya akan terjawab ketika pelancaran siri OnePlus 7 di Malaysia pada 21 Mei 2019.

OnePlus 7 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan skrin 90Hz, Warp Charge 30W dan tri-kamera

Comments

comments