Asus ROG Phone ditawarkan dengan diskaun RM 1,000 di Lazada pada 16 Mei ini
Telefon pintar gaming Asus ROG Phone telah memasuki pasaran Malaysia beberapa bulan lalu pada harga dari RM 3,499 dan ianya boleh dikatakan harga yang agak tinggi bagi kebanyakkan pengguna.
Walaubagaimanapun, Asus Malaysia kini memberikan anda peluang keemasan untuk memiliki ROG Phone dengan diskaun RM 1,000 pada 16 Mei ini sempena penjualan Hari Raya Lazada.
Promosi menarik ini hanya untuk 24-jam sahaja dan anda juga berpeluang memenangi aksesori GameVice khas bagi pembeli terawal.
Beli Asus ROG Phone di ASUS Flagship Store (LazMall)
Asus ROG Phone hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang telah menerima kelajuan CPU tambahan iaitu sehingga 2.96GHz berbanding kelajuan biasa 2.8GHz dan ditawarkan dengan 8GB RAM dan dua pilihan memori simpanan UFS 2.1 iaitu 128GB dan 512GB.
Selain itu, Asus ROG phone juga hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.0-inci (2160 x 1080p) yang menyokong HDR dan mempunyai nisbah 90Hz yang didakwa sebagai skrin paparan AMOLED paling pantas pada telefon pintar.
Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan kombinasi kamera yang 16MP + 12MP dibahagian belakang dan kamera selfie 8MP.
Anda juga boleh berkongsi tetapan ini melalui dengan produk yang menyokong Asus Aura Sync iaitu sehingga 5 peranti ROG.
Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Asus HyperCharge.
Selain itu terdapat juga sistem penyejukan yang dikenali sebagai “3D Vapor chamber cooling system” yang meliputi keseluruhan peranti.
Asus ROG Phone ini ditawarkan pada harga RM 2,499 bagi versi 8GB RAM + 128GB manakala versi 8GB RAM + 512GB pula hadir dengan RM 2,999 dan harus kami ingatkan ianya adalah untuk SATU Hari sahaja (16 Mei).
Beli Asus ROG Phone di ASUS Flagship Store (LazMall)