b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 1

Realme secara rasminya telah melancarkan Realme X ke pasaran China dan ianya merupakan telefon pintar kelas premium pertama Realme.

Selain Realme X, Realme turut memperkenalkan Realme X Lite yang merupakan model Realme 3 Pro bagi pasaran China.

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 2

Realme X hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.5-inci dengan sensor capjari terbina (jenis optikal) pada skrin dan juga menjadi telefon pintar pertama Realme tanpa takukan.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 3

Realme telah menggunakan teknologi kamera selfie terangkat pada Realme X ini dan ianya adalah unit 16MP dengan aperture f/2.4.

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 4

Walaupun mempunyai profil badan yang lebih besar dari Realme 3 Pro, Realme X hanya memiliki bateri berkapasiti 3,765mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 (0-55% dalam masa 30 minit).

Seperti Realme 3 Pro, Realme X juga hadir dengan pemproses Snapdragon 710, tiga kapasiti RAM iaitu 4GB/6GB/8GB dengan dua pilihan memori dalaman samada 64GB atau 128GB.

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 5

Perubahan terbesar antara Realme 3 Pro dan Realme X adalah pada bahagian kamera. Realme X hadir dengan tetapan kamera 48MP Sony IMX586 f/1.7 yang dipadankan dengan sensor kedalaman 5MP dengan aperture f/2.4.

Seperti Realme 3 Pro, Realme X juga hadir dengan mod kamera Chroma Boost, AI Scene Recognition, NightScape dan mod potrait yang baru.

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 6

Realme X akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu putih dan biru dengan harga penjualan seperti berikut :

Realme X 4GB/64GB – CNY 1,499 (RM 909)

Realme X 6GB/64GB – CNY 1,599 (RM 969)

Realme X 8GB/128GB – CNY 1,799 (RM 1,091)

Buat masa ini tidak dapat dipastikan samada Realme X ini akan memasuki pasaran antarabangsa ataupun tidak.

Realme X Lite adalah Realme 3 Pro dan disebabkan ini kami tidak menyentuh apa-apa mengenainya.

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 7Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 8Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 9Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 10Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja 11

dapat info lanjut di Realme Official Website

harimaubet666.com