Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S5e, Tab 10.1 dan Tab A dengan S-Pen kini di Malaysia dengan harga dari RM 899 sahaja

Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran tiga model tablet terbaru ke pasaran Malaysia iaitu Galaxy Tab S5e, Galaxy Tab A10.1 dan Galaxy Tab A dengan S-Pen.

Galaxy Tab S5e

Samsung Galaxy Tab S5e hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 10.5-inci, pemproses 8-teras 2.0GHz + 1.7GHz, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Selain itu, Galaxy Tab S5e juga hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP, bateri berkapasiti 7,040mAh, sensor capjari pada butang kuasa,  4 pembesar suara yang ditala oleh AKG dan berat 400gram sahaja.

Galaxy Tab S5e kini ditawarkan di Malaysia didalam dua pilihan warna iaitu hitam atau emas dengan harga penjualan RM 1,999.

Galaxy Tab 10.1

Bercakap mengenai Galaxy Tab 10.1 pula, ianya hadir dengan skrin WUXGA berukuran 10.1-inci, pemproses 8-teras 1.8GHz + 1.6GHz dan 2GB RAM + 32GB memori dalaman (versi WiFi)/3GB RAM + 32GB memori dalaman (versi LTE).

Galaxy Tab 10.1 ini juga memiliki kamera belakang 8MP, kamera selfie 5MP dan bateri berkapasiti 6,150mAh dengan berat keseluruhan 470gram.

Samsung Galaxy Tab 10.1 ini hadir didalam warna emas atau hitam dengan harga penjualan RM 899 bagi versi WiFi dan RM 1,299 bagi versi LTE.

Galaxy Tab A dengan S-Pen

Samsung Galaxy Tab A ini hadir dengan skrin paparan WUXGA berukuran 8.0-inci, pemproses 8-teras 1.8GHz + 1.6GHz, 3GB RAM, 32GB menori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,200mAh.

Galaxy Tab A ini juga memiliki kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP dan bateri berkapasiti 4,200mAh.

Galaxy Tab A dengan S-Pen ini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hitam dengan harga penjualan RM 1,099.

Beli Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Galaxy Tab A dengan S-Pen di SINI

Beli Galaxy Tab S5e di SINI

Comments

comments