Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja 1

Realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terhangat mereka ke pasaran tempatan dan seperti  generasi sebelum ini, Realme 3 Pro juga hadir dengan pakej telefon pintar yang baik namun dengan harga penjualan yang amat kompetitif.

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja 2

Mengulas kembali mengenai Realme 3 Pro ini, ianya hadir dengan reka bentuk gradiasi yang diinspirasikan dari litar lumba Le-Mans dengan garis halus berbentuk ‘S’

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja 3

Beralih kepada skrin paparan, Realme 3 Pro hadir dengan skrin paparan dew-drop berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ yang dilapisi Gorilla Glass 5, pemproses Snapdragon 710 AEI , Adreno 616, dua pilihan RAM iaitu 4GB/6GB/ dengan dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64G atau 128GB.

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja 4

Bercakap mengenai kamera, Realme 3 Pro hadir dengan tetapan kamera utama 16MP f/1.7 Sony IMX519 yang digandingan dengan sensor 5MP f/2.4 dengan sokongan mod Chroma Boost, Night Scape dan Ultra HD (gambar beresolusi 64MP).

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja 5

Realme 3 pro juga memiliki kamera selfie 25MP yang hadir dengan mod kecantikan AI dan banyak lagi.

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja 6

Selain itu, Realme 3 Pro juga hadir dengan rakaman video gerak perlahan 960fps (720p), rakaman video 4K dengan kebolehan mengedit video.

Realme 3 Pro akan hadir dengan ColorOS 6.0 berasaskan Android Pie, mod gaming HyperBoost 2.0 dan pembesar suara yang 2x lebih kuat.

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja 7

Realme 3 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,045mAh(15.6% lebih tinggi kapasiti berbanding Realme 2 Pro) dengan  pengecasan pantas VOOC 3.0 yang mana pengecasan penuh hanya mengambil masa 80 minit. (Anda juga boleh bermain permainan video ketika pengecasan dan masih mencapai tahap pengecasan yang sama).

Realme 3 Pro  akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu ungu gradiasi dan biru gradiasi.

Realme 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja 8

Harga penjualan Realme 3 Pro di Malaysia adalah seperti berikut.

Realme 3 Pro – 4GB/64GB – RM 899

Realme 3 Pro – 6GB/128GB – RM 1099

Penjualan Realme 3 Pro akan bermula di Lazada pada 15 Mei tepat jam 10 pagi dan setiap pembelian akan turut menerima kipas mudah alih Realme.

Penjualan menyeluruh melalui wakil pengedar sah akan bermula mulai 18 Mei 2019.

Lihat tawaran Realme 3 Pro di Lazada

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.