Siri OnePlus 7 dilancarkan 14 Mei dengan skrin 90fps, tiga kamera dan memori UFS 3.0
Perintis telefon pintar flagship killer, OnePlus secara rasminya telah mengesahkan generasi ke-7 telefon pintar OnePlus akan dilancarkan pada 14 Mei 2019.
Lebih menarik, OnePlus mengelar majlis pelancaran ini sebagai pelancaran siri OnePlus 7 yang memberikan kita petunjuk jelas bahawa lebih daripada satu model OnePlus 7 akan diperkenalkan.
OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro dijangka hadir dengan beberapa perbezaan antaranya dari segi skrin paparan, kamera dan jenis memori yang digunakan.
Bercakap mengenai skrin paparan, OnePlus 7 Pro dijangka akan hadir dengan skrin paparan 90fps yang telah menerima A+ daripada DisplayMate , tetapan tiga kamera dibelakang (mungkin dua sensor pada OnePlus 7) dan pengunaan memori UFS 3.0.
Bercakap mengenai memori UFS 3.0 ini, OnePlus 7 Pro akan menjadi telefon pintar kedua selepas Samsung Galaxy Fold menggunakan jenis memori pantas ini namun OnePlus 7 Pro akan memasuki pasaran terlebih dahulu kerana penjualan Galaxy Fold telah ditunda.
Selain dari itu, Siri OnePlus 7 ini dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 855, pengecasan DashCharge, skrin paparan tanpa notch dan banyak lagi.
Pelancaran rasmi OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro kini hanya berbaki 8 hari sahaja lagi.
Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 14 Mei 2019
ULASAN : Honor 20 Lite – telefon pintar tri-kamera pertama Honor dengan harga RM 949 sahaja
Promosi Honor Raya menawarkan hadiah percuma dengan membeli telefon pintar Honor