Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Samsung Galaxy Fold ditunda kerana masalah skrin yang rumit

Penjualan Samsung Galaxy Fold ditunda kerana masalah skrin yang rumit 1

Samsung Mobile secara rasminya telah mengesahkan bahawa penjualan telefon pintar inovatif Galaxy Fold akan ditunda selepas terdapat pelbagai isu dilaporkan oleh kebanyakkan media teknologi utama dunia.

Samsung Galaxy Fold – telefon pintar boleh lipat pertama dipasaran pada harga RM8K

Media yang menerima unit reviu Galaxy Fold ini telah melaporkan pelbagai isu skrin paparan yang rosak secara tiba-tiba apabila lapisan pelindung 2 Fold dibuka dan ada juga yang melaporkan bahawa unit mereka juga rosak secara tiba-tiba.

Samsung berkata siasatan awal mendapati isu skrin pada Galaxy Fold mungkin disebabkan dari impak pada bahagian atas dan bawah skrin berhampiran dengan engsel.

Kenyataan rasmi daripada Samsung berkata penjualan akan ditunda dan status terkini penjualan Galaxy Fold akan diumumkan didalam masa dua minggu.

Ini mungkin bermaksud, Pelancaran Samsung Galaxy Fold di Malaysia yang dijadual pada 3 Mei 2019 akan turut ditunda ke tarikh yang lain.

https://mobilefokus.com/2019/02/24/huawei-mate-x-dilancarkan-secara-rasmi-telefon-pintar-foldable-5g-paling-pantas-didunia/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.