Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 Lite dengan teknologi tri-kamera dan selfie 32MP akan mula dijual esok pada harga RM 949

Honor 20 Lite yang dilancarkan pada 17 April yang lalu akan mula dijual secara eksklusif di Shopee dan Hihonor mulai jam 9 pagi esok dengan harga penjualan RM 949.

Honor 20 Lite yang merupakan telefon pintar pertama Honor dengan teknologi tiga kamera dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakan

 

Honor 20 Lite ini hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang adalah 24MP f/1.8 + 8MP f/2.4 dan 2MP sensor mengesan kedalaman dengan kamera selfie 32MP.

Selain dari itu, Honor 20 Lite mempunyai spesifikasi yang diwarisi dari Honor 10 Lite iaitu skrin paparan 6.21-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Kirin 710, GPU Turbo 2.0, bateri berkapasiti 3,400mAh dan EMUI 9 yang berasaskan Android Pie.

Honor 20 Lite juga akan hadir dengan tetapan 4GB RAM dan 128GB memori dalaman yang mana konfigurasi ini tidak ditawarkan pada Honor 10 Lite.

Honor 20 Lite akan ditawarkan didalam dua pilihan warna gradiasi iaitu biru phantom dan merah phantom dan harga penjualan adalah RM 949.

500 pembeli pertama Honor 20 Lite di Shopee akan menerima beg Nike dan Shopee Coin bernilai RM 30 manakala 1,000 pembeli berikut akan menerima kotak hadiah Honor dan Shopee Coin bernilai RM 30.

Selain itu, 50 pembeli pertama di Hihonor pula akan menerima kotak hadiah Honor sahaja.

Selain itu, Super Brand Day Honor juga akan menyaksikan pelbagai diskaun menarik dengan diskaun sehingga 30% bagi telefon pintar dan aksesori terpilih. (Carta seperti dibawah)

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.