Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Miliki telefon pintar Realme pada harga serendah RM 399 sahaja di Lazada pada 27 April ini

Realme Malaysia telah mengumumkan satu penjualan khas sempena kempen Lazada Mobile Super Campaign yang akan berlangsung pada 27 April ini dan anda boleh memiliki telefon pintar Realme pada harga serendah RM 399 sahaja.

Antara model-model telefon pintar Realme yang akan ditawarkan pada harga menarik ialah Realme C1 versi 2GB RAM/16GB pada harga RM 399, Realme 2 Pro versi 8GB RAM/128GB pada harga RM 799 manakala Realme 3 versi 3GB RAM/32GB yang baru dilancarkan bulan pula ditawarkan pada harga RM 549 sahaja.

ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599

Selain telefon pintar, Realme juga akan menawarkan earbuds Realme pada harga istimewa pada 27 April ini.

Pastikan anda tidak terlepas penjualan Lazada Mobile Super Campaing ini pada 27 April 2019.

Selain itu, satu lagi tarikh penting yang ditunggu-tunggu adalah pelancaran Realme 3 Pro yang telah disahkan akan berlangsung pada 22 April ini.

Realme 3 Pro yang dianggap sebagai telefon pintar kelas flagship bagi syarikat ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia selang beberapa minggu selepas pelancaran di India.

Antara spesifikasi Realme 3 Pro yang diketahui adalah pemproses Snapdragon 710, sensor kamera terbaik yang dibekalkan Sony dan kebolehan bermain permainan video Fortnite pada kadar 60fps.

Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2019

Honor menawarkan diskaun sehingga 30% bagi pembelian telefon pintar di Shopee Super Brand Day

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.