Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kereta elektrik 100% BMW i3s dilancarkan secara rasmi pada harga RM279,000

Kereta elektrik 100% BMW i3s dilancarkan secara rasmi pada harga RM279,000 1

BMW Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan kereta elektrik tulen premium yang pertama di Malaysia iaitu BMW i3s.

BMW i3s adalah generasi kedua kereta elektrik 100% yang mana sebanyak 120,000 unit generasi pertama BMW i3 telah berjaya dijual.

Kereta elektrik 100% BMW i3s dilancarkan secara rasmi pada harga RM279,000 2

BMW i3s hadir dengan reka bentuk yang lebih kemas dengan reka bentuk ‘hijau’ yang mana 80% daripada komponen adalah dari bahan yang telah dikitar semula.

BMW i3s ini hadir dengan bateri yang mampu menawarkan jarak perjalanan sehingga 260KM dengan satu pengecasan penuh selain mempunyai kelajuan maksima 160km/j (0-100km/j dalam masa 6.9 saat).

Pengecasan penuh bateri BMW i3s ini mengambil masa 12.5 jam iaitu menggunakan soket dirumah namun terdapat pengecasan khas yang mampu mengecas penuh kereta didalam masa 3.5 jam sahaja.

Kereta elektrik 100% BMW i3s dilancarkan secara rasmi pada harga RM279,000 3

BMW i3s ini hadir dengan harga penjualan RM 279,000 tanpa insurans dan ianya hadir didalam warna hitam, putih dan kelabu yang digabungkan dengan sorotan warna biru eksklusif BMW iBlue.

Pembiayaan bagi pembelian BMW i3s ini juga lebih mudah dengan pelan Balloon Financing Plan dari BMW Group Financial Service yang mana pelan ansuran bermula daripada RM 3,188 sahaja (80% pembiayaan untuk tempoh 5 tahun).

Kereta elektrik 100% BMW i3s dilancarkan secara rasmi pada harga RM279,000 4

Pra-tempahan kini boleh dibuat melalui wakil pengedar BMW i atau secara atas talian di www.bmwthefirst.com.my.

BMW i3s ini hadir dengan :

– Waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun oleh BMW dengan servis berjadual percuma
– Waranti tayar due tahun oleh BMW until servis ‘Run Flat Tyre’
– Bantuan tepi Jalan dan hotline kemalangan BMW
– BMW White Card
– Servis dalam talian BMW

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.