Telefon pintar tri-kamera pertama Honor akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan
Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar tiga kamera pertama syarikat ini akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 17 April 2019.
Walaupun akan hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar tri-kamera pertama Honor, telefon pintar ini dikatakan akan hadir dengan spesifikasi dan harga penjualan yang berpatutan dan bukanya peranti premium.
Setakat ini tidak banyak maklumat telefon pintar ini diketahui namun Honor Malaysia telah mengesahkan ianya akan turut memiliki sensor kamera selfie 32MP selain penawaran sensor lensa lebar dibelakang.
Berdasarkan laporan kami sebelum ini, Honor 10i yang telah memasuki pasaran Rusia sebelum ini dilihat mungkin mempunyai persamaan dengan telefon pintar Honor ini kerana Honor 10i turut hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang.
Telefon pintar terbaru Honor ini dijangka akan mempunyai harga penjualan kurang dari RM 1,000 yang sudah pastinya menarik minat pembeli kelas pertengahan di Malaysia
Apa pun segala persoalan dan tanda tanya yang menyelubungi telefon pintar tri-kamera terbaru Honor ini akan terjawab minggu hadapan (17 April 2019).
ULASAN : Honor 10 Lite – telefon pintar bajet dengan Android Pie dan skrin dew drop
Samsung Galaxy A80 dengan kamera berputar 48MP dilancarkan secara rasmi