Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia

Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia 1

Telefon pintar gaming Black Shark 2 kini secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Malaysia dan ianya hadir didalam dua versi dengan harga dari RM 2,499 sahaja.

Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia 2

Menyentuh mengenai spesifikasi, Black Shark 2 ini hadir dengan skrin paparan super AMOLED berukuran 6.39-inci yang turut memiliki  teknologi sensitif tekanan yang membolehkan anda menetapkan bahagian kanan dan kiri skrin sebagai butang ketika gaming.

Black Shark 2 juga hadir pemproses Qualcomm Snapdragon 855, 8GB/12GB RAM, memori dalaman 128GB atau 256GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas 27W.

Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia 3

Black Shark 2 hadir dengan pengunaan teknologi penyejukan cecair ‘vapor chamber’ yang merupakan satu pra-syarata apabila telefon pintar ini dipasarakan sebagai telefon pintar gaming.

Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia 4

Jika kebanyakkan telefon pintar gaming di pasaran tidak memfokuskan kepada teknologi kamera yang terbaik, lain pula ceritanya pada Black Shark 2 kerana telefon pintar ini hadir dengan tetapan dwi-kamera 48MP+12MP dibahagian belakang selain kamera selfie 20MP.

Tempahan Black Shark 2 kini dibuka pada harga dari RM 2,499

Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia 5 Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia 6

Selain itu, Black Shark 2 akan turut hadir dengan sensor capjari ultrasonik terbina pada skrin dan beberapa aksesori khas gaming tang boleh dipasangkan pada peranti.

Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia 7 Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia 8

Seperti yang kami katakan, Black Shark 2 akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan memori dalaman iaitu 8GB+128GB pada harga RM 2,499 dan 12GB+256GB pada harga RM 2,999.

Lebih menarik, kesemua aksesori sampingan bagi telefon pintar gaming Black Shark 2 ini turut ditawarkan dan pembelian boleh dilakukan di Shopee.

Penjualan kini telah dibuka di stor rasmi Black Shark di Shopee dan 200 pembeli pertama akan menerima bauchar diskaun RM 100 dan satu headphone Fujitsu E210BT bernilai RM 399.

Black Shark 2 dengan pemproses Snapdragon 855 dan kamera 48MP kini di Malaysia 9

Buat masa in hanya versi 8GB+128GB ditawarkan manakala tempahan bagi versi 12GB+256GB pula telah dibuka sehingga 5 April ini.

Pra-tempah Black Shark 2 versi 12GB/256GB di SiNi

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.