Telefon pintar gaming Xiaomi Black Shark 2 dengan Snapdragon 855 dan 12GB RAM akan dilancarkan di Malaysia pada 1 April 2019
Pasaran telefon pintar gaming di Malaysia bakal berubah bulan hadapan dengan pengesahan bahawa Xiaomi akan membawa masuk telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu Black Shark 2.
Xiaomi Black Shark 2 adalah telefon pintar gaming yang baru dilancarkan dipasaran China beberapa hari lalu dan ianya telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 1 April 2019.
Xiaomi Black Shark 2 hadir dengan skrin paparan super AMOLED berukuran 6.39-inci yang hadir dengan teknologi sensitif tekanan yang membolehkan anda menetapkan bahagian kanan dan kiri skrin sebagai butang ketika gaming.
Xiaomi Black Shark 2 juga hadir pemproses Snapdragon 855, kapasiti RAM 6GB atau 12GB, memori dalaman 128GB atau 256GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas 27W.
Pengalaman gaming pada Xiaomi Black Shark 2 juga dijangka lebih selesa khususnya dengan pengunaan teknologi penyejukan cecair ‘vapor chamber’.
Jika kebanyakkan telefon pintar gaming di pasaran tidak memfokuskan kepada teknologi kamera yang terbaik, lain pula ceritanya pada Xiaomi Black Shark 2 kerana telefon pintar ini hadir dengan tetapan dwi-kamera 48MP+12MP dibahagian belakang selain kamera selfie 20MP.
Selain itu, Xiaomi Black Shark 2 akan turut hadir dengan sensor capjari ultrasonik terbina pada skrin dan beberapa aksesori khas gaming boleh dipasangkan pada peranti.
Buat masa ini harga penjualan Xiaomi Black Shark 2 di Malaysia masih belum diketahui namun ianya dijangka berada pada harga RM 2,000-RM 3,000.
Harman Studio yang pertama di Malaysia kini telah dibuka di Sunway Geo Mall