Berikut adalah promosi sempena pembukaan studio Harman yang pertama di Malaysia
Sempena pembukaan studio Harman yang pertama di Malaysia pada 22 Mac ini, JBL Malaysia dan Harmon Kardon telah mengumumkan promosi menarik bagi pelbagai produk mereka yang hanya boleh anda beli pada 22 Mac ini iaitu dari pukul 4 petang sehingga 10 malam.
Studio Harman yang pertama di Malaysia ini akan dibuka di pusat membeli-belah Sunway GEO Avenue.
Sebanyak 16 produk JBL dan Harmon Kardon akan ditawarkan pada harga promosi dan bagi anda yang berminat untuk hadir, anda boleh melakukan pendaftaran di sini dan anda mungkin memenangi hadiah percuma dan bauchar tunai.
Kesemua produk yang ditawarkan sempena promosi pembukaan studio Harman ini adalah sementara stok masih ada dan pastikan anda menjadi antara yang terawal untuk memastikan anda memiliki produk pilihan anda.
Maklumat lanjut juga boleh diketahui di laman Facebook JBL Malaysia
Pembelian adalah terhad kepada dua unit setiap seorang