harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone XI dan iPhone XI Max dilaporkan akan hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang

Apple iPhone XI dan iPhone XI Max dilaporkan akan hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang 1

Tahun 2019 dilihat sebagai tahun yang akan menentukan masa depan telefon pintar Apple iPhone yang telah menyaksikan penurunan penjualan buat pertama kali didalam sejarah syarikat ini.

Dengan harga penjualan yang sangat premium, ramai pengguna sudah mula mencari alternatif baru yang bermaksud peralihan kepada telefon pintar Android yang lebih murah dan mampu menawarkan teknologi yang lebih baik atau setaraf dengan apa yang Apple iPhone mampu tawarkan.

Disebabkan ini, model iPhone bagi tahun 2019 dilihat menjadi produk yang penting untuk Apple dan syarikat ini mesti melakukan sesuatu untuk meningkatkan kembali penjualan yang semakin merudum.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Menurut khabar angin terbaru, Apple iPhone kali ini akan dikenali sebagai iPhone 11 atau iPhone XI dan ianya akan ditawarkan dengan teknologi tri-kamera yang mempunyai reka bentuk yang sama seperti pada Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro namun posisi kamera iPhone adalah pada sisi manakala kamera pada Mate 20 adalah dibahagian tengah.

Apple iPhone XI dan iPhone XI Max dilaporkan akan hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang 2

Selain daripada modul kamera, perubahan pada iPhone XI dijangka lebih kepada teknologi dalaman.

Pada gambar ini hanya kelihatan dua model yang mungkin merujuk kepada iPhone XI dan iPhone XI Max dan ini mungkin bermaksud Apple tidak akan memperkenalkan generasi baru iPhone XR.

Apa pun segala persoalan mengenai keluarga Apple iPhone XI dijangka akan terjawab pada bulan September yang sudah menjadi bulan tradisi Apple untuk memperkenalkan generasi iPhone yang baru.

sumber

harimaubet