Samsung Galaxy A30 dan A50 akan dilancarkan di Malaysia dengan harga serendah RM 799 sahaja
Selain pelancaran telefon pintar siri Galaxy M yang akan dijual secara eksklusif di Shopee sahaja, Samsung Malaysia nampaknya akan turut melancarkan dua model telefon pintar baru didalam siri Galaxy A pada 18 Mac ini.
Samsung telah menghantar jemputan media ke majlis pelancaran Galaxy A yang mana Samsung Galaxy A30 dan Galaxy A50 akan diperkenalkan dipasaran Malaysia secara rasmi selepas membuat penampilan sulung di MWC hujung bulan lalu.
Samsung Galaxy A30 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.4-inci, pemproses Exynos 7904, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan Samsung One UI yang berasaskan Android Pie.
Selain itu, Galaxy A30 hadir dengan kamera utama 16MP+5MP, kamera selfie 16MP, bateri, berkapasiti 4,000mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 15W yang dibuat melalui slot USB-C.
Samsung Galaxy A50 juga hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.4-inci, pemproses Exynos 9610, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman, sensor capjari terbina pada skrin dan Samsung One UI yang berasaskan Android Pie.
Samsung Galaxy A50 juga hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu 25MP+8MP+5MP, kamera selfie 25MP f/2.0 dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 15W yang dibuat melalui slot USB-C.
Bercakap mengenai harga, Samsung Galaxy A30 nampaknya akan hadir dengan harga penjualan RM 799 manakala Samsung Galaxy A50 pula memiliki harga penjualan RM 1,199.
Kedua-dua telefon pintar siri Galaxy A ini akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih.
Tempahan juga telah dibuka oleh SenQ dengan stok dijangka tiba 21 Mac ini.