Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy M akan dilancarkan di Malaysia 18 Mac ini – eksklusif di Shopee

Samsung Malaysia sebelum ini telah mengesahkan bahawa siri Galaxy M akan ditawarkan secara online sahaja dan kini Samsung telah mengesahkan telefon pintar ini akan dijual secara eksklusif di Shopee.

Majlis pelancaran siri Galaxy M ini telah disahkan akan berlangsung pada 18 Mac ini dan sebanyak dua model Samsung Galaxy M dijangka akan diperkenalkan iaitu Galaxy M10 dan Galaxy M20.

Siri Samsung Galaxy M akan dijual di Malaysia secara online sahaja

Apa yang menarik mengenai siri Samsung Galaxy M ini adalah ianya akan menjadi telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan teknologi skrin paparan Infinity-V (takuk skrin jenis waterdrop).

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat lanjut telefon pintar ini diketahui, namun segala persoalan mengenai harga, spesifikasi dan tarikh penjualan akan diumumkan pada 18 Mac ini.

Siri Samsung Galaxy M ini dilihat sebagai jawapan kepada model telefon pintar mampu milik yang dikeluarkan oleh syarikat terkemuka seperti Xiaomi, Honor, Oppo dan Vivo.

Bekas Perlindungan OtterBox bagi Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ kini ditawarkan di Malaysia

Siri Samsung Galaxy S10 telah mula dijual di Malaysia pada 8 Mac ini

5 Perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan telefon pintar berharga RM 699!

Oppo Malaysia mendedahkan kebolehan sebenar pemproses Snapdragon 710 yang digunakan pada Oppo R17 Pro

Comments

comments