Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo V15 Pro melalui Tunetalk dan nikmati 120GB pelan internet tahunan percuma

Vivo V15 Pro yang dilancarkan di Malaysia beberapa minggu lalu telah menjadi antara telefon pintar hangat di pasaran dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 1,799.

Vivo V15 Pro ini juga ditawarkan melalui Digi melalui pelan Digi Postpaid dengan bayaran bulanan peranti serendah RM 22 sahaja.

TuneTalk kini turut menawarkan Vivo V15 Pro ini pada harga RM 1,799 dan apa yang istimewa adalah anda akan menerima pelan tahunan TuneTalk 120GB secara percuma (10GB x 12 bulan).

Bercakap mengenai Vivo V15 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan the Ultra FullView Super AMOLED berukuran 6.3-inci dengab nisbah skrin kepada badan 91.64%, pemproses Qualcomm Snapdragon 675, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Kamera selfie pop-up Vivo V15 Pro adalah sensor 32MP berbanding sensor 8MP yang digunakan pada Vivo NEX manakala pada bahagian belakang, terdapat sensor kamera utama 48MP, satu sensor lensa lebar 8MP dengan FOV sehingga 120 darjah dan kamera depth 5MP yang turut mempunyai sokongan tambahan seperti AI Body Shaping.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin yang kini memasuki generasi ke-5, UI Funtouch OS 9 yang berasaskan Android 9.0 Pie selain mod game yang dikenali sebagai Game Mode 5.0 yang meningkatkan prestasi ketika permainan video.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,700mAh yang hadir dengan pengecasan pantas ‘dual enginge’ yang memberikan kadar pengecasan dari 0% ke 24% didalam masa 15 minit sahaja (pengecasan masih melalui slot MicroUSB).

Vivo V15 Pro yang hadir dengan reka bentuk Spectrum Ripple Design ini akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru topaz dan merah koral.

Maklumat lanjut di : TuneTalk

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.