Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy S10 akan mula dijual di Malaysia pada 8 Mac ini

Siri Samsung Galaxy S10 yang dilancarkan pada penghujung bulan lalu kini telah diperkenalkan di Malaysia dengan penjualan rasmi akan bermula pada 8 Mac 2019.

Ketiga-tiga model Galaxy S10 yang diumumkan di Samsung UNPACKED bulan lalu iaitu Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ akan ditawarkan dengan harga penjualan dari  RM 2,699 sehingga RM 4,599.

Galaxy S10e

Kesemua model ini akan hadir didalam warna prism putih, prism hijau dan prism hitam manakala Samsung Galaxy S10+ versi 512GB akan ditawarkan didalam warna seramik putih dan seramik hitam.

Samsung Malaysia akan turut mengadakan roadshow khas siri Galaxy S10 yang akan berlangsung pada 8 Mac -10 Mac di tiga lokasi iaitu Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, AEON Tebrau City, Johor Bahru dan Queensbay Mall, Penang.

Pelanggan yang membeli mana-mana model Galaxy S10 di roadshow ini akan turut menerima hadiah percuma eksklusif seperti berikut :

Galaxy S10e (128GB) – Samsung Galaxy Buds – RM 499

Galaxy S10|Galaxy S10+ 128GB – Samsung Galaxy Buds + perlindungan Screen Protection Plus – RM 799

Galaxy S10+ 512GB – Samsung Galaxy Watch Active + perlindungan Screen Protection Plus – RM 1,079.

Harga penjualan Siri Samsung Galaxy S10 adalah seperti berikut : 

Samsung Galaxy S10e – 6GB/128GB – RM 2,699

Samsung Galaxy S10 – RM 3,299

Samsung Galaxy S10+ 128GB- RM 3,699

Samsung Galaxy S10+ 512GB – RM 4,599

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.