Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 3 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 517

Realme secara rasminya telah melancarkan Realme 3 dengan reka bentuk yang lebih menarik, spesifikasi dalaman yang lebih terkini namun masih mengekalkan harga penjualan yang berpatutan.

Realme 3 hadir dengan skrin paparan waterdrop berukuran 6.2-inci dengan resolusi HD+, pemproses Helio P70 (Helio P60 bagi pasaran antarabangsa), dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB selain sokongan kad microSD sehingga 256GB.

Realme 3 hadir dengan tetapan dwi-kamera 13MP  f/1.8 + 2MP dan terdapat mod kamera wakti malam yang dikenali sebagai Nightscape dan Chroma Boost.

Kamera selfie Realme 3 adalah unit 13MP dengan sokongan AI Facial Unlock dan terdapat juga sensor capjari dibelakang.

Realme 3 hadir dengan bateri berkapasiti 4,320mAh tanpa sebarang sokongan pengecasan pantas, UI ColorOS 6.0 dengan Android 9.0 Pie dari kotak.

Realme 3 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam dinamik , biru dan hitam dengan harga penjualan INR 8,999 (RM 517) – INR 10,999(RM 632).

Realme 3 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.