Maxis dan Huawei menandatangai perjanjian MoU untuk membawa rangkaian 5G ke pasaran Malaysia dengan lebih cepat
Maxis telah mengesahkan bahawa syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Huawri di Mobile World Congress 2019 yang sedang berlangsung di Barcelona.
Maxis dan Huawei akan berkerjasama untuk membawa masuk teknologi 5G ke pasarab Malaysia dan perjanjian persefahaman ini akan menyaksikan kedua-dua syarikat ini bekerjasama dalam percubaan 5G yang lengkap dengan sistem dan perkhidmatan hujung-ke-hujung.
Menandatangani bagi pihak Maxis ialah Gokhan Ogut, bakal Ketua Pegawai Eksekutif dan Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi. Sementara itu, Huawei diwakili oleh Pengerusi Rotasi, Guo Ping, Presiden Rantau Pasifik Selatan, Jeffery Liu dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Michael Yuan.
Maxis dan Huawei menandatangani MoU untuk bekerjasama dalam percubaan 5G yang lengkap dengan sistem dan perkhidmatan hujung-ke-hujung dengan sasaran untuk menawarkan perkhimatan 5G di Malaysia dengan lebih cepat.
Gokhan Ogut berkata: “Maxis telah lama memulakan perjalanan 5G, dan memberi tumpuan kepada percubaan, pelaburan serta pembangunan infrastruktur rangkaian kami untuk bersiap sedia bagi masa depan di mana penyelesaian pintar akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.
Kami gembira bekerjasama dengan Huawei, pemimpin teknologi bertaraf dunia dan rakan kongsi jangka panjang untuk percubaan 5G kami, dan menjadi perintis dalam membawa teknologi terkini ke Malaysia sekali lagi.
Di Maxis, kami terus menerajui rangkaian dari segi kelajuan, kualiti dan prestasi di Malaysia, dan kami berharap dapat memberikan inovasi 5G terbaik untuk pengguna dan perniagaan untuk masa depan.”
Michael Yuan berkata: “Kami berterima kasih kepada Maxis atas kepercayaan dan sokongan sejak dari dulu lagi. Perkembangan 5G memerlukan koperasi dari semua rakan kongsi, dan kita perlu bekerjasamaa untuk membawa innovasi terkini.
Dengan menandatangani MoU ini dengan Maxis, yang menunjukkan komitmen kedua-dua syarikat untuk masa depan 5G di Malaysia.