Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme X Lazada Super Brand Day pada 27 Februari ini menjanjikan diskaun sehingga RM 200

Realme X Lazada Super Brand Day pada 27 Februari ini menjanjikan diskaun sehingga RM 200 1
Realme Malaysia telah mengumumkan akan berkerjasama dengan Lazada Malaysia untuk menganjurkan kempen pembelian satu jenama pada 27 Februari ini yang menawarkan pengguna peluang untuk memiliki pelbagai produk Realme pada harga diskaun selain hadiah eksklusif.

Realme X Lazada Super Brand Day ini dianjurkan buat kali pertama dan dengan kerjasama ini, pelanggan Realme akan menikmati promosi menarik bagi telefon pintar Realme dan memenangi pelbagai hadiah menarik.

Super Brand Day adalah kempen bagi jenama di LazMall yang menawarkan tawaran dan diskaun menarik bagi produk daripada sesuatu jenama untuk tempoh 24-jam.

Realme X Lazada Super Brand Day pada 27 Februari ini menjanjikan diskaun sehingga RM 200 2
Antara promosi menarik yang akan dianjurkan oleh sempena Realme X Lazada Super Brand Day pada 27 Februari ini adalah penjualan pertama Realme C1 versi 2GB+32GB pada harga RM 429 selain harga diskaun bagi model-model lain termasuk Realme C1 2GB+16GB (RM 399) , Realme 2 3GB+32GB , Realme 2 4GB+64GB (RM 529), Realme 2 Pro 4GB+64GB (RM 699), Realme 2 Pro 8GB+128GB (RM 899) dan earphone Realme.

Selain itu, Realme akan turut mengadakan penjualan kilat yang menawarkan Realme C1 2GB+16GB ( tepat pada pukul 12 tengah malam), Realme 2 Pro 4GB+64GB tepat pada pukul 9 pagi dan Realme earphone pada pukul 7 malam.

Realme X Lazada Super Brand Day pada 27 Februari ini menjanjikan diskaun sehingga RM 200 3

Selain itu, anda juga boleh membuka tawaran meanarik Realme Earphone dengan mengikuti stor LazMall Realme Malaysia dan apabila sasaran 35,000 pengikut telah tercapai, eraphone ini akan dijual pada harga yang sangat murah.

Selain itu, sebahagian daripada kempen Super Brand Day, Lazada akan turut mengadakan kempen slash the price yang membolehkan anda membeli telefon pintar Realme pada harga yang murah.

Berikut adalah tarikh kempen ‘slash the price’ telefon pintar Realme :

  • Realme C1 pada 21, 23, 25 dan 27 Februari
  • Realme 2 pada 22 dan 24 Februari
  • Realme 2 Pro pada 26 Februari.

https://mobilefokus.com/2018/11/05/ulasan-realme-2-pro-telefon-pintar-kelas-pertengahan-terbaik-di-pasaran/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.