Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9 akan dilancarkan di MWC pada 24 Februari ini

Xiaomi Mi 9 akan dilancarkan di MWC pada 24 Februari ini 1

Xiaomi Mi 9 akan dilancarkan di MWC pada 24 Februari ini 2

Telefon pintar kelas flagship Xiaomi bagi tahun 2019 iaitu Mi 9 kini telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di Mobile World Congress 2019 pada 24 Februari ini dan ini adalah pelancaran antarabangsa yang akan diadakan selepas pelancaran di China berlangsung pada 20 Februari.

Walaupun tidak banyak maklumat mengenai Xiaomi Mi 9 diketahui, beberapa gambar rasmi telefon pintar ini telah dikeluarkan melalui akaun rasmi syarikat ini.

Xiaomi Mi 9 akan dilancarkan di MWC pada 24 Februari ini 3

Xiaomi Mi 9 nampaknya akan hadir dengan reka bentuk panel berasaskan gelas melengkung pada bahagian belakang dan ianya akan hadir didalam pilihan warna gradiasi yang menarik.

Xiaomi Mi 9 akan dilancarkan di MWC pada 24 Februari ini 4

Selain itu, Mi 9 akan turut hadir dengan tetapan tiga kamera dibahagian belakang dan kemungkinan salah satu daripada sensor kamera tersebut adalah sensor 48MP Sony IMX586.

Selain itu, Mi 9 juga telah disahkan akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 yang dipadankan dengan kapasiti RAM sekurang-kurangnya 6GB dan memori simpanan dalaman dari 64GB.

 

Maklumat spesifikasi telefon pintar utama Xiaomi akan diketahui apabila pelancaran rasmi Mi 9 untuk pasaran China selesai pada 20 Februari.

Xiaomi Mi 9 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia namun kita berharap bahawa kali ini Xiaomi akan membawa masuk telefon pintar ini dengan lebih pantas.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.