Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V15 Dan Vivo 15 Pro akan dilancarkan di Malaysia 26 Februari ini

Vivo V15 Dan Vivo 15 Pro akan dilancarkan di Malaysia 26 Februari ini 1

Vivo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Vivo V15 Dan Vivo 15 Pro akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 26 Februari 2019 iaitu pada hari Selasa hadapan.

Vivo V15 Dan Vivo 15 Pro akan dilancarkan di Malaysia 26 Februari ini 2

Vivo V15 dan Vivo V15 Pro adalah telefon pintar terbaru Vivo Dan ianya akan hadir dengan mekanisma kamera selfie popup dengan resolusi 32MP (mungkin bagi versi Pro sahaja).

 

Majlis pelancaran Vivo V15 dan Vivo V15 Pro ini nampaknya akan disusuli dengan roadshow khas Vivo V15 yang akan diadakan di Sunway Pyramid.

Majlis pelancaran Vivo V15 Dan Vivo 15 Pro ini dijangka akan turut dihadiri oleh duta Vivo iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza dan Janna Nik

Lain-lain spesifikasi Vivo V15 Dan Vivo V15 Pro yang diketahui adalah skrin paparan tanpa bezel Ultra Full view, sehingga 6GB RAM dan sehingga 128GB memori simpanan dalaman.

Kami akan menghadiri majlis pelancaran rasmi Siri Vivo V15 ini dan pastikan anda mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook atau Instagram MobileFokus.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.