harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P30 Pro disahkan akan hadir dengan tetapan 4-kamera

Huawei P30 Pro disahkan akan hadir dengan tetapan 4-kamera 1

Selepas mencatatkan penjualan telefon pintar melebihi 200 juta unit tahun lalu, Huawei sudah pasti optimistik untuk mencatatkan pertumbuhan penjualan telefon pintar yang lebih baik tahun ini.

Kejayaan penjualan yang lebih baik sudah pastinya disandarkan kepada telefon pintar siri Huawei P30 yang sekali lagi dijangka akan mendapat sambutan yang baik dari pengguna.

Walaupun masih belum ada sebarang pengesahan rasmi akan bila telefon pintar utama Huawei ini akan dilancarkan namun pengeluar bekas perlindungan telefon pintar terkemuka dunia, Spigen telah mula menyenaraikan bekas Huawei P30 Pro yang mendedahkan satu ciri utama telefon pintar ini.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Huawei P30 Pro disahkan akan hadir dengan tetapan 4-kamera 2

Huawei P30 Pro sekali akan memfokuskan kepada pengalaman kamera yang terbaik dan ianya akan hadir dengan teknologi 4-kamera dibelakang.

Walaupun bukan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi quad-kamera (gelaran itu telah diambil oleh Samsung Galaxy A9), Huawei P30 Pro dijangka akan mengambil alih tempat pertama didalam ujian kamera DxOMark.

Selain pengunaan 4 kamera dibelakang, penyenaraian Spigen juga telah mendedahkan bahawa Huawei P30 Pro akan hadir dengan reka bentuk skrin dew-drop yang turut memberikan petunjuk ketiadaan teknologi pengecaman wajah yang lengkap namun mungkin hadir dengan teknologi sensor capjari terbina pada skrin.

Selain itu, pada bahagian bawah, Huawei P30 Pro tidak mempunyai gril pembesar suara dan bunyi mungkin dikeluarkan melalui slot USB-C.

Huawei P30 Pro disahkan akan hadir dengan tetapan 4-kamera 3

Bercakap mengenai Huawei P30 pula, ianya akan turut hadir dengan reka bentuk skrin yang sama namun teknologi kamera P30 adalah tetapan tri-kamera yang mungkin sama seperti pada model Huawei P20 Pro.

Huawei P30 Pro disahkan akan hadir dengan tetapan 4-kamera 4

Pelancaran siri Huawei P30 ini dijangka akan berlangsung sekitar bulan Mac 2019 dan Malaysia dijangka akan menjadi antara pasaran terawal untuk menerima telefon pintar ini.

sumber

harimaubet