Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei berjaya menjual 200 juta unit telefon pintar pada tahun 2018

Huawei Business Group secara rasminya telah mengesahkan bahwa penjualan telefon pintar bagi tahun 2018 telah melepasi angka 200 juta unit.

Huawei berkata bahawa kejayaan menjual 200 juta unit telefon pintar pada tahun 2018 adalah kerana hasil daripada sokongan daripada pengguna dan kehebatan telefon pintar yang dikeluarkan oleh Huawei mahupun Honor.

Antara penyumbang utama kepada rekod 200 juta unit telefon pintar pada tahun 2018 adalah seperti berikut :

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro – 16 Juta unit sejak Mac 2018

Huawei Mate 20 , Huawei Mate 20 Pro dan Huawei Mate 20 X – 5 Juta unit didalam masa 2 bulan

Siri Huawei Nova – 65 Juta Unit sepanjang tahun 2018

Honor 10 dan Honor View 10

Dengan rekod 200 juta unit yang berjaya dijual pada tahun 2018 ini, Huawei Business Group telah berjaya mencapai pertumbuhan secara berterusan untuk 8 tahun berturut-turut.

Pada tahun lalu, sebanyak 153 juta unit telefon pintar Huawei & Honor berjaya dijual dengan peningkatan sebanyak 47 juta unit bagi tahun 2018.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Huawei BG 🙂

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.