Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 perkara yang anda boleh lakukan dengan telefon pintar siri Huawei Mate 20 ketika pulang bercuti

5 perkara yang anda boleh lakukan dengan telefon pintar siri Huawei Mate 20 ketika pulang bercuti

Musim percutian di Malaysia adalah yang paling banyak di rantau Asia Tenggara dan apabila cuti bermula, pastinya ramai yang merancang untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga tercinta.

Pengalaman mengharungi perjalanan sudah pastinya dihiasi dengan kesesakan jalan raya yang merupakan sebahagian daripada asam garam musim percutian.

Berikut adalah 5 perkara yang boleh anda lakukan ketika pulang bercuti.

1. Dapatkan maklumat kesesakan trafik dengan teknologi GPS yang tepat.

Perjalanan pergi dan pulang ketika musim percutian memang sudah pasti akan terganggu dengan kesesakan jalan raya yang luar biasa dan disebabkan ini, ramai sudah pastinya bergantunh kepada telefon pintar mereka untuk mendapatkan jalan pintas atau jalan dalaman yang mampu menyingkatkan lagi tempoh perjalanan.

Dengan teknologi dwi-GPS yang disertakan pada telefon pintar siri Huawei Mate 20, anda akan menerima maklumat lokasi semasa anda dengan leboh tepat khususnya dengan pengunaan frekuensi GPS L1&L5 yang memastikan anda tiba ke destinasi tepat pada masa dan selamat.

2. Dapatkan tidur yang secukupnya!

Perjalanan jauh yang penuh dengan kesesakan sudah pastinya meletihkan dan rehat yang seckupunya sebelum perjalanan bermula adalah satu langkah yang memastikan anda sentiasa bertenaga sepanjang perjalanan pergi dan pulang.

Dengan jam pintar Huawei Watch GT yang hadir dengan teknologi Huawei TruSleep 3.0 yang mampu mengenal pastu isu-isu berkaitan tidur dan menawarkan hampir 200 cadangan untuk anda mendapat tidur yang lebih sempurna.

Teknologi yang dibangunkan dengan kerjasama Harvard Medical School CDB Centre telah menghasilkan satu sistem kualiti tidur yang menjanjikan anda mendapat rehat yang secukupnya.

3. Hiburan dalam kereta seperti seorang VIP

Menghabiskan masa didalam kereta adalah sesuatu yang membosankan namun dengan skrin paparan OLED berukuran 7.2-inci yang dimiliki oleh Huawei Mate X, anda boleh menghabiskan masa dengan menonton drama bersiri, YouTube atau bermain permainan video yang pasti lebih imersif dengan teknologi GPU 2.0.

4. Jangka hayat bateri yang terbaik

Jangka hayat bateri yang panjang adalah salah satu kelebihan telefon pintar siri Huawei Mate 20.

Kapasiti bateri yang besar mungkin tidak mencukupi untuk menawarkan prestasi bateri yang baik namun dengan kombinasi pengurusan bateri berasaskan AI, kesemua telefon pintar didalam siri Huawei Mate 20 mampu memberikan anda prestasi bateri yang luar biasa untuk mengharungi perjalanan jauh.

5. Kembali ke berat badan ideal dengan lebih mudah

Selepas bercuti lama, pelan diet anda mungkin sudah tersasar jauh dan ini adalah waktu sesuai untuk anda kembali aktif dengan mengeluarkan peluh secara konsisten.

Huawei Mate 20 hadir dengan teknologi HiVision yang mana anda boleh mendapatkan jumlah kalori sesuatu hidangan dengan satu imbasan sahaja.

maklumat lanjut mengenai telefon pintar siri Huawei Mate 20 boleh diketahui di laman sesawang rasmi Huawei Malaysia atau di Facebook Huawei Mobile Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.