Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 4 akan dibuka untuk tempahan pada 8 Februari ini pada harga RM 1,899

Huawei Nova 4 yang dilancarkan di Malaysia awal bulan ini kini telah disahkan akan dibuka untuk tempahan pada 8 Februari sehingga 13 Februari dengan hadiah percuma bernilai RM 400 untuk anda perolehi.

Setiap pembelian Huawei Nova 4 akan menerima headset dalam telinga Huawei dan set hadiah eksklusif Huawei.

Tempahan boleh dibuat di mana-mana stor Huawei diseluru negara dengan bayaran tempahan RM 200 akan dikenakan manakala baki RM 1,699 hanya perlu dibayar ketika anda mengambil telefon pintar kelak (mungkin pada 16 Februari).

Tablet mampu milik Huawei MediaPad T5 10.1 tiba di Malaysia 28 Januari ini pada harga RM 999

Selain itu, tempahan juga boleh dibuat secara atas talian di Huawei Onlie Store dengan pembayaran penuh dan anda akan turut menerima tambahan bauchar bernilai RM 50.

Huawei Nova 4 ini ditawarkan pada harga RM 1,899 dan ianya hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

Telefon pintar pertama dengan skrin paparan Punch Fullview di Malaysia ini hadir didalam kapasiti 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman, pemproses Kirin 970, tetapan tiga kamera 20MP+16MP dan 2MP selain kamera selfie 25MP.

Maklumat penuh spesifikasi Huawei Nova 4 boleh anda ketahui dengan membaca laporan pelancaran komprehensif kami di pautan di bawah :

Huawei Nova 4 dilancarkan di Malaysia dengan skrin paparan Punch Fullview pada harga RM 1899

Huawei Mate 20 dan Nova 3i kini lebih murah iaitu RM 2399 dan RM 999 sahaja

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.