Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

4,000 unit Oppo F9 edisi Jed Hijau habis dijual dalam masa sehari

Oppo F9 edisi jed hijau telah mula dijual pada 12 Januari yang lalu pada harga RM 1,199 dan ianya telah mendapat permintaan yang sangat baik dengan 4,000 unit Oppo F9 Jed Hijau ini habis didalam masa sehari.

Seperti model Oppo F9 yang lain, ianya hadir dengan reka bentuk skrin ‘water drop screen’ yang mana takukan pada skrin ini berbeza daripada apa yang pernah anda lihat dipasaran.

Ianya adalah panel skrin LTPS  TFT 19:5:9 berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080) dan nisbah skrin kepada rangka 90.8%.

Oppo F9 juga hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Selain itu, Oppo F9 turut hadir dengan pemproses Helio P60 dengan pengkhususan kepada tugas AI, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan sokongan kad microSD sehingga 256GB.

Bercakap mengenai bateri pula, Oppo F9 hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh yang disokong dengan pengecasan pantas VOOC yang membolehkan anda mengecas peranti 4 kali lebih pantas berbanding pengecas 5V1A ( 5 minit pengecasan membolehkan anda menikmati dua jam pengunaan).

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F9 memiliki dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 16MP + 2MP yang turut hadir dengan sokongan AI dan mod portrait.

Kamera selfie Oppo F9 pula adalah unit 25MP dengan sokongan HDR dan AI Beautification 2.1

Oppo F9 juga memiliki slot audio 3.5mm, slot tri-SIM (dua SIM + satu microSD), Color OS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo dan Google Lens.

Walaupun Oppo F9 Jed Hijau ini kehabisan stok,Oppo F9 didalam warna biru gradiasi, merah gradiasi dan ungu gradiasi masih ditawarkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.