Telefon pintar pertama Redmi adalah dengan sensor kamera 48MP
Redmi, siri telefon pintar yang selama ini dibawah Xiaomi kini akan hadir sebagai jenama berasingan yang mana ianya mengikut jejak langkah Realme (Oppo) dan Honor (Huawei).
Walaupun hadir sebagai jenama yang berasingan, Redmi akan berkongsi pusat pembangunan dan penyelidikan selain kilang pembuatan yang sama seperti syarikat induk.
Redmi nampaknya akan memperkenalkan siri Redmi 7 pada 10 Januari ini dan antara model yang bakal mencuri tumpuan adalah yang akan hadir dengan kamera utama 48MP yang mungkin dibekalkan oleh Sony.
Teaser bagi telefon pintar dengan kamera 48MP ini telah pun dipaparkan di laman rasmi Xiaomi dan akaun rasmi Redmi di Weibo.
Pelancaran siri Redmi 7 ini mungkin menyaksikan beberapa model akan dikeluarkan seperti Redmi 7 Pro, Redmi Note 7 Pro dan banyak lagi.
Telefon pintar dengan sensor kamera 48MP ini mungkin akan hadir dibawah nama Xiaomi Redmi Note 2 Pro.