Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Play kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 699

Xiaomi Mi Play kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 699 1

Xiaomi Mi Play yang dilancarkan ke pasaran China beberapa bulan lalu kini telah ditawarkan di Malaysia oleh Directd didalam versi import.

Xiaomi Mi Play ini ditawarkan didalam dua varian iaitu versi 4GB RAM + 64GB dan 6GB RAM + 128GB pada harga masing-masing RM 699 dan RM 999.

Bercakap mengenai Xiaomi Mi Play ini, ianya memiliki skrin paparan FHD+ berukuran 5.84-inci, pemproses MediaTek Helio P35, bateri berkapasiti 3,000mAh dan berasaskan Android 9.0 Pie.

Xiaomi Mi Play ini juga memiliki tetapan dwi-kamera 12MP+2MP selain kamera selfie 8MP.

Xiaomi Mi Play ini hadir didalam sistem operasi untuk pasaran China namun dengan Google Play Store, sokongan dwi-SIM hibrid dan jaminan waranti satu tahun oleh Directd.

Directd membawa masuk Xiaomi Mi Play didalam tiga pilihan warna gradiasi biru, gradiasi merah dan hitam.

Beli Xiaomi Mi Play melalui Directd di Sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.