Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX Dual-Display kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 3,199

 

Vivo NEX Dual-Display kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 3,199 1

Vivo NEX Dual Display yang dilancarkan ke pasaran China beberapa minggu lalu kini telah dibuka untuk tempahan melalui DirectD Dan Mobile2Go pada harga penjualan RM 3,199.

Apa yang menarik adalah, DirectD Dan Mobile2Go juga mengesahkan bahawa unit Vivo NEX Dwi-skrin ini hadir dengan jaminan waranti rasmi satu tahun dari Vivo Malaysia.

Terus kepada spesifikasi, paparan utama Vivo NEX Dual-Display ini adalah pada bahagian hadapan dan ianya adalah panel skrin AMOLED berukuran 6.39-inci dengan resolusi 1080 x 2340 yang mempunyai nisbah 19:5:9 dengan 91.6% daripada permukaan hadapan adalah skrin.p0p

Panel skrin yang diletakkan pada bahagian belakang juga merupakan panel AMOLED namun saiz skrin adalah lebih kecil iaitu 5.49-inci dengan nisbah 16:9.

Pada bahagian dalaman, Vivo NEX edisi Dual Display ini memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang dipadankan dengan 10GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Bercakap mengenai kamera, NEX Dual Display ini hadir dengan tetapan tiga kamera yang diletakkan dibahagian belakang.

Kamera utama adalah sensor 12MP dengan aperture f/1.9 yang memiliki optik pengstabilan imej, sensor kedua 2MP untuk mod bokeh/portrait dan sensor ketiga ToF yang mempunyai fungsi utama sebagai pengesan jarak dan untuk pengecaman wajah.

Ciri-ciri keselamatan Vivo NEX Dual Display ini juga menyeluruh dimana apabila anda membuka peranti melalui panel skrin hadapan, anda boleh menggunakan sensor capjari terbina dalam skrin manakala jika menggunakan panel belakang, anda boleh menggunakan pengecaman wajah.

Vivo NEX Dual Display ini hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 10V/2.25A selain sistem UI Funtouch OS 4.5 yang berasaskan Android 9.0 Pie.

Stok Vivo NEX Dual-Display ini akan tiba pada 10 Januari 2019 dan tempahan bagi telefon pintar ini melalui DirectD memerlukan anda membayar RM 300 deposit dengan baki dibayar ketika unit sudah sedia untuk diambil.

Vivo NEX Dual-Display ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru dan merah.

Maklumat tempahan Vivo NEX Dual-Display melalui Mobile2Go boleh diketahui di sini

Tempah Vivo NEX melalui DirectD di Sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.