Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Realme 2 Pro – telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 1

ULASAN : Realme 2 Pro – telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran

Pengenalan

Realme jenama baru yang mencuri tumpuan dunia sejak kebelakangan ini telah mengumumkan kemasukan mereka ke pasaran Malaysia pada 7 November ini.

Menyentuh sedikit mengenai sejarah syarikat Realme ini, Realme adalah anak syarikat Oppo yang berasal dari Shenzhen, China dan pada mulanya merupakan sebahagian daripada portfolio produk Oppo.

Pada mulanya ianya dikenali sebagai Oppo Real namun kini dikenali sebagai Realme dan sebagai syarikat asing.

Selepas itu, Realme telah mula memasuki pasaran India pada bulan Mei 2018 dengan pelancaran model Realme 1 yang mendapat sambutan luar biasa di pasaran India.

Realme kini akan melancarkan telefon pintar dengan reka bentuk dan spesifikasi premium syarikat ini ke pasaran Malaysia selepas menembusi pasaran Indonesia bulan lalu.

Realme dijangka akan memperkenalkan beberapa model telefon pintar mereka ke pasaran Malaysia iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme 1C.

Model yang menjadi fokus kita untuk reviu ekslusif di Mobilefokus adalah Realme 2 Pro yang merupakan model terbaik daripada syarikat muda ini dan ianya ditawarkan dengan kapasiti RAM sehingga 8GB dan 128GB memori simpanan dalaman.

Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme C1 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga serendah RM 399

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 2

Apa yang ada didalam kotak Realme 2 Pro

Realme 2 Pro seperti yang kami katakan merupakan telefon pintar terbaik daripada syarikat ini.

Bersama-sama pembelian Realme 2 Pro ini anda akan menerima satu kable pengecasan micro-USB, plak pengecasan dengan jenama Oppo dengan output 5V/2A, bekas pelindung plastik warna jernih, kad manual pengguna dan semestinya telefon pintad Realme 2 Pro dengan filem pelindung skrin tersedia untuk anda.

Sedikit mendukacitakan adalah earphone tidak disertakan bersama-sama pembelian Realme 2 Pro ini.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 3

Spesifikasi

Skrin Paparan : IPS LCD 6.3-inci 2340*1080, FHD+, 408 PPI ( Corning Gorilla Glass 3)
Pemproses : Qualcomm Snapdragon 660 AIE
GPU : Adreno GPU 512
RAM + Memori dalaman : 8GB+128GB
Slot microSD : sehingga 256GB
Kamera belakang : 16 MP (f/1.7) + 2 MP (f/2.7)
Kamera Selfie : 16 MP (f/2.0)
Bateri : 3,5000mAh (5V/2A)
SIM : dwi-SIM Nano
Bluetooth : Bluetooth 5.0
Wifi:802.11a/b/g/n/ac, 2.4GHz, 5GHz
GPS:GPS/aGPS/GLONASS/BeiDou

Reka Bentuk

Realme 2 Pro hadir dengan reka bentuk yang secara tidak langsung hampir sama dengan kebanyakkan telefon pintar dipasaran.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 4

Walaubagaimanapun, keunikan Realme 2 Pro ini adalah pada reka bentuk panel skrin hadapan yang mana ianya hadir dengan reka bentuk takukan ‘dew drop’ yang sama seperti skrin ‘water drop’ yang digunakan pada telefon pintar terbaru Oppo iaitu Oppo F9.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 5

Kami menerima Realme 2 Pro didalam warna hitam dan dengan rangka polikarbonat didalam warna hitam matte yang sangat premium pada mata kami.

Pada bahagian belakang, Realme 2 Pro juga memberikan kemasan ala panel gelas namun ianya adalah lapisan plastik yang jernih melapisi panel belakang warna hitam.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 6

Pada bahagian bawah peranti terdapat slot bicu audio 3.5mm, gril pembesar suara dan slot micro USB.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 7 ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 8

Pada bahagian sisi kiri terdapat butang suara yang berasingan (satu untuk menaikkan kelantangan dan satu untuk menurunkan kelantangan bunyi) selain slot kad tri-SIM yang membolehkan pengunaan dua kad SIM Nano dan satu microSD.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 9

Pada bahagian sisi kanan pula terdapat butang kuasa yang diletakkan pada posisi yang ergonomik.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 10

Grill pendengaran juga sangat tersembunyi dan diletakkan di antara rangka dan skrin.

Sebagai menutup bahagian reka bentuk Realme 2 Pro ini, ianya hadir dengan ukuran dimensi 156.7 x 74 x 8.5mm dengan berat 174gram.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 11

Skrin paparan

Tahun 2018 boleh dianggap sebagai tahun takukan atau lebih sedap disebut sebagai ‘year of notch’.

Ini adalah hampir setiap telefon pintar yang dilancarkan ke pasaran memiliki reka bentuk yang digunakan pada telefon pintar essential sebelum dipopularkan secara meluas oleh Apple melalui iPhone X.

Walaubagaimanapun, seperti Oppo, Realme mahu memberikan satu rawatan baru bagi takukan ini dan telah tampil dengan reka bentuk skrin ‘dew drop’ yang memberikan kemasan lebih menarik dan sesuatu yang berlainan dipasaran.

Ianya adalah reka bentuk panel skrin yang sama seperti pada Oppo F9 namun dengan nama yang berbeza.

Skrin paparan IPS LCD Realme 2 Pro ini adalah berukuran 6.3-inci dengan nisbah skrin 19:5:9 yang memberikan resolusi FHD+ 1080 x 2340 piksel dengan kepadatan piksel 409ppi.

Bezel sekeliling skrin juga adalah minima kecuali pada bahagian bawah yang kelihatan sedikit tebal berbanding bezel atas dan kedua-dua sisi.

Penghasilan warna dan kecerahan skrin juga tidak mengecewakan walaupun posisi Realme 2 Pro ini sebagai telefon pintar kelas pertengahan.

Realme 2 Pro menawarkan nisbah skrin kepada badan 90.8%.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 12

Pemproses

Realme 2 Pro hadir dengan pemproses kelas pertengahan terbaik dipasaran iaitu Qualcomm Snapdragon 660 dengan cip AI.

Bagi telefon pintar bajet seperti Realme 2 Pro ini, pengunaan pemproses daripada Qualcomm ini adalah satu kelebihan kompetitif dipasaran yang sangat berdaya saing.

Ianya adalah cip 8 teras Kyro 260CPU yang mempunyai konfigurasi 4 cip 2.0GHz dan 4 cip 1.8GHz selain unit pemprosesan grafik (GPU) Adreno 512.

Grafik Adreno 512 ini dilihat mampu memberikan anda prestasi gaming yang memuaskan dan ditambah dengan mod Realme Game space yang menawarkan beberapa tetapan khas untuk prestasi gaming yang terbaik.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 13 ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 14

Untuk pengetahuan anda, permainan game PUBG pada Realme 2 Pro adalah lancar namun tetapan grafik yang dicadangkan adalah pada tahap ‘medium’ sahaja.

Pemproses Snapdragon 660 ini telah terbukti sebagai pemproses mempunyai kebolehan untuk melakukan tugasan harian dengan mudah dan dengan lebih efisen berbanding pemproses daripada pengeluar lain.

Selain itu, Realme 2 Pro yang dibekalkan kepada kami juga dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman namun terdapat juga didalam kapasiti 4GB RAM dan 6GB RAM yang dipadankan dengan 64GB memori dalaman.

Realme 2 Pro ini hadir dengan UI ColorOS 5.2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

ColorOS bukan lah sesuatu yang baru kerana ianya adalah UI yang digunakan pada telefon pintar Oppo dan Realme 2 Pro turut hadir dengan ekosistem yang sama tanpa sebarang perubahan apa sekali pun.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 15

Ianya hadir dengan beberapa fungsi menarik seperti pengunaan skrin sepenuhnya (seperti pada iPhone X, game space, klon aplikasi dan banyak lagi.

Realme 2 Pro ini juga hadir dengan teknologi pengecaman wajah pantas yang sepantas teknologi FaceID pada iPhone X namun hanya dengan menggunakan kamera selfie. Selain itu, sensor capjari Realme 2 Pro ini juga sangat responsif.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 16

Kamera

Realme 2 Pro ini hadir dengan tetapan kamera belakang 16MP + 2MP yang mana sensor utama kamera ini adalah Sony IMX398 yang memiliki aperture yang cerah iaitu f/1.7 dan ini diatas kertas menjanjikan pengambilan gambar cahaya malap yang lebih baik.

Selain itu, kamera 2MP yang turut ditawarkan adalah untuk mod potrait yang membolehkan anda menggaburkan latar belakang sesuatu gambar yang diambil.

Kamera belakang Realme 2 Pro ini turut hadir dengan pengzooman 2x yang mana ianya adalah zoom digital dan bukanya optik kerana tiada pengunaan sensor telefoto.

Kamera Realme 2 Pro ini juga hadir dengan teknologi pengesan AI yang menawarkan mod penggambaran berdasarkan keadaan persekitaran.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 17

UI kamera Realme 2 Pro ini adalah sama seperti pada mana-mana telefon pintar Oppo dipasaran.

Secara keseluruhan prestasi kamera Realme 2 Pro adalah memuaskan dan pengambilan gambar pada kualiti yang baik bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 18

Mod portrait Realme 2 Pro juga telah membuatkan kami kagum khususnya kerana pengasingan latar belakang dan subjek yang sangat tepat tanpa sebarang kekaburan yang tidak relevan.

Mod potrait Realme 2 Pro adalah antara yang terbaik pada tahap harga ini dan ini sudah pastinya memberikan kelebihan kepada pendatang baru didalam pasaran telefon Malaysia ini.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 19

Beralih kepada kamera selfie Realme 2 Pro ini, ianya adalah sensor kamera 16MP yang memiliki aperture f/2.0 dan terdapat juga sokongan mod portrait yang lebih kepada perisian dan bukanya sensor seperti pada kamera belakang.

Mod kecantikan turut tidak ketinggalan pada kamera selfie Realme 2 Pro ini yang berasaskan AI dan terdapat pelbagai pelekat untuk memberikan elemen selfie yang lebih kreatif.

Realme 2 Pro juga hadir dengan rakaman video didalam tiga resolusi iaitu 720p, 1080p dan 4K dengan pengstabilan elektronik yang baik (tidak ditawarkan apabila video diambil dalam resolusi 4K).

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 6

Bateri

Realme 2 Pro ini hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh yang mana sedikit mengecewakan adalah kapasiti yang lebih rendah berbanding Realme 2 yang memiliki bateri berkapasiti 4,230mAh.

Realme 2 Pro hadir dengan pengecasan melalui slot microUSB yang mana plak pengecasan yang ditawarkan adalah 5V/2A.

Perbezaan kapasiti bateri yang signifikan ini tidak terlalu ketara ketika pengunaan sebenar khususnya kerana pengunaan pemproses Snapdragon 660 yang efisen.

Realme 2 Pro tidak hadir dengan apa-apa sokongan pengecasan pantas namun waktu pengecasan penuh yang diambil adalah sekitar 2 jam 10 minit.

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 11

Penutup

Realme 2 Pro adalah telefon pintar yang memiliki semua ciri yang anda mahu pada telefon pintar kelas pertengahan dan dengan kapasiti RAM sehingga 8GB dan memori simpanan dalaman 128GB, anda juga menerima beberapa ciri-ciri telefon pintar kelas flagship.

Kemasukan Realme 2 Pro ini sudah pastinya akan meningkatkan lagi persaingan didalam pasaran telefon pintar mampu miliki yang sangat kompetitif di Malaysia.

Dengan Realme 2 Pro, syarikat ini mempunyai sebab untuk yakin bahawa tawaran telefon pintar seperti ini sudah mampu menarik minat penggna di Malaysia yang mahu membeli telefon pintar yang menawarkan nilai belian yang sangat baik.

Realme 2 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 7 November ini dengan harga penjualan yang masih belum diumumkan dan ianya akan ditawarkan secara eksklusif melalui Shopee pada kempen penjualan e-perdagangan terbesar yang akan berlangsung pada 11.11.2018.

Anda boleh beli Realme 2 Pro di SINI.

Gambar-gambar yang diambil menggunakan Realme 2 Pro

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 22ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 23ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 24

ULASAN : Realme 2 Pro - telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran 25

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.