Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tapp – telko digital yang membolehkan anda menjual semula baki kredit anda dengan mudah

Tapp - telko digital yang membolehkan anda menjual semula baki kredit anda dengan mudah 1

Tapp mungkin kelihatan seperti satu lagi syarikat telekomunikasi digital namun penawaran daripada anak syarikat Digi ini adalah sesuatu yang berbeza dan mungkin tidak sama dengan syarikat lain.

Apa yang menarik pada Tapp ini adalah ianya menawarkan anda 100% kebebasan untuk menetapkan jumlah waktu panggilan dan jumlah kuota yang diperlukan mengikut bajet anda.

Tapp - telko digital yang membolehkan anda menjual semula baki kredit anda dengan mudah 2

Sebagai contoh dengan RM 10, aplikasi Tapp akan memberikan anda jumlah waktu panggilan dan kuota internet yang boleh anda peroleh selain  tempoh sah yang anda mahu.

Tapp - telko digital yang membolehkan anda menjual semula baki kredit anda dengan mudah 3

Lebih menarik adalah, apabila tempoh anda sudah hampir berakhir dan jumlah kuota atau jumlah waktu panggilan anda masih banyak, anda boleh menjual semula kepada Tapp dengan maksima 65% daripada nilai pembelian asal.

Daripada apa yang kami tahu, Tapp adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi digital yang menawarkan penjualan semula baki kredit.

Apa yang menarik lagi pada Tapp ialah, ianya juga akan memberikan anda jumlah kos panggilan atau kos SMS yang akan dikenakan untuk anda sebelum anda membuat panggilan atau menghantar SMS.

Tapp beroperasi sepenuhnya pada rangkaian 4G+ Digi yang sudah pastinya memberikan anda kestabilan dan kawasan liputan yang lebih menyeluruh.

Tapp - telko digital yang membolehkan anda menjual semula baki kredit anda dengan mudah 4

Selain itu, Bagi pelanggan Tapp yang baru, anda juga akan menerima kuota pengunaan Instagram tanpa had untuk tempoh 3 bulan secara percuma.

Tapp - telko digital yang membolehkan anda menjual semula baki kredit anda dengan mudah 5

Panggilan dan SMS dari satu pengguna Tapp kepada satu pengguna Tapp yang lain adalah percuma tanpa sebarang kos.

Tempah SIM Tapp anda di SiNi

SIM Tapp ini adalah percuma dan anda hanya perlu membayar RM 1 untuk kos penghantaran dan lebih menarik, anda juga boleh mendapatkan SIM Kad Tapp secara percuma dengan pembelian ais krim Cornetto di kedai serbaneka 7-Eleven.

Tapp - telko digital yang membolehkan anda menjual semula baki kredit anda dengan mudah 6

Selain itu, buat masa ini Tapp hanya boleh digunakan bersama-sama peranti Android sahaja ( sokongan bagi peranti Apple akan tiba didalam masa terdekat).

Muat turun aplikasi Tapp di sini dan nikmati kebebasan 100% pengunaan telko anda.

maklumat lanjut mengenai Tapp boleh diketahui dipautan sumber dibawah

Sumber

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.