Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Set VR HTC Vive dan Vive Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,999

Set VR HTC Vive dan Vive Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,999 1

HTC Malaysia secara rasminya telah melancarkan  peranti realiti maya (VR) yang paling maju dipasaran iaitu Vive dan Vive PRO.

Bercakap mengenai VR, ianya adalah sesuatu yang baru bagi pasaran Malaysia dan kegunaan Vive dan Vive Pro ini tidak berbatas pada kategori permainan video sahaja.

Set VR HTC Vive dan Vive Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,999 2

Walaupun kita tidak terlalu arif dengan teknologi maya, ianya telah telah digunakan didalam pelbagai bidang termasuk perubatan, pendidikan, hartanah dan banyak lagi.

Set pengguna Vive ini hadir dengan harga penjualan RM 2,999 manakala Vive Pro yang lebih disasarkan kepada syarikat korporat pula hadir dengan harga penjualan RM 6,999.

Kami telah mencuba sendiri teknologi realiti maya Vive dan Vive dan ternyata ianya mampu menawarkan anda pengalaman VR paling sempurna dipasaran.

Set VR HTC Vive dan Vive Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,999 3

HTC Vive edisi pengguna

Set VR HTC Vive dan Vive Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,999 4

HTC Vive Pro

Set Vive dan Vive Pro ini akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 4 November (Vive Pro starter Kit hanya akan ditawarkan mulai penghujung bulan hadapan) dengan harga penjualan seperti yang kami senaraikan di atas.

Set VR HTC Vive dan Vive Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,999 5

Pembeli Vivo Pro starter kit samada secara atas talian atau di stor akan menerima langganan VIVEPORT selama 3 bulan secara percuma ( tawaran sah sehingga 31 Disember).

Bagi yang membeli set VR Vive, 200 pembeli pertama akan menerima 3 bulan langganan percuma VIVEPORT.

VIVEPORT adalah stor aplikasi VR bagi HTC Vive dan HTC Vive Pro.

Set VR HTC Vive dan Vive Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,999 6

Set VR HTC Vive dan Vive Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,999 7

Set VR HTC Vive dan Vive Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,999 8

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.