Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Watch GT akan memasuki pasaran Malaysia pada 6 November ini pada harga dari RM 899

Huawei Watch GT akan memasuki pasaran Malaysia pada 6 November ini pada harga dari RM 899 1

Selepas menyaksikan sambutan luar biasa bagi telefon pintar siri Huawei Mate 20, Huawei Mobile Malaysia kini telah mengesahkan jam pintar Huawei Watch GT akan ditawarkan di pasaran tempatan mulai 6 November ini dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja.

Huawei Watch GT adalah jam pintar yang mempunyai reka bentuk klasik dengan jangka hayat bateri yang sangat mengagumkan iaitu sehingga 2 minggu dengan satu pengecasan penuh.

Huawei Watch GT akan memasuki pasaran Malaysia pada 6 November ini pada harga dari RM 899 2

Selain itu, Huawei Watch GT juga hadir dengan sokongan sebagai peranti kecergasan, tiga jenis satelite iaitu GPS, GLONASS dan GALILEO.

Huawei Watch GT juga memiliki sensor degupan jantung TruSeen 3.0 selain perekod tidur TruSleep 2.0.

Huawei Watch akan hadir didalam dua versi iaitu klasik dan sukan iaitu dengan harga RM 999 dan RM 899.

Huawei Watch GT akan memasuki pasaran Malaysia pada 6 November ini pada harga dari RM 899 3

Selain itu, Huawei juga telah mengesahkan bahawa Huawei TalkBand 5 akan turut memasuki pasaran Malaysia menjelang penghujung bulan November dengan harga penjualan dari RM 599.

maklumat lanjut mengenai Huawei Watch GT boleh anda baca di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.