Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TAIWAN EXCELLENCE MEMPERSEMBAHKAN PERTANDINGAN E-SUKAN PERINGKAT AKHIR YANG TERBESAR DI MALAYSIA

TAIWAN EXCELLENCE MEMPERSEMBAHKAN PERTANDINGAN E-SUKAN PERINGKAT AKHIR YANG TERBESAR DI MALAYSIA 1

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2018 – “Taiwan Excellence Intercollege Battleground 2018 (TEIB) Grand Finale” merupakan pertandingan e-sukan terbesar di Malaysia yang akan diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2018 di Gelanggang Luncur Ais Sunway Pyramid.

Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari ini akan menampilkan wakil dari 10 universiti dan kolej yang akan bertanding didalam tiga permainan e-sukan iaitu Counter Strike: Global Offensive (CS:GO), DotA 2, and League of Legends (LoL). Setiap universiti atau kolej akan mewakilkan satu pasukan bagi setiap satu permainan e-sukan yang tersenarai.

Persaingan sengit antara universiti ini bakal berlangsung ini akan merebut wang tunai berjumlah RM 130,000 yang ditaja oleh Taiwan Excellence.

Pertandingan peringkat akhir ini juga akan menampilkan produk dan teknologi yang canggih dan diiktiraf oleh Taiwan Excellence seperti Acer, ASUS, MSI dan lain-lain jenama.

TAIWAN EXCELLENCE MEMPERSEMBAHKAN PERTANDINGAN E-SUKAN PERINGKAT AKHIR YANG TERBESAR DI MALAYSIA 2

Peringkat kelayakan pertandingan TEIB telah bermula pada bulan April tahun ini dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada 12,000 para pelajar dan 2,400 peserta yang bertanding di 10 universiti dan kolej di seluruh Malaysia yang di anjurkan oleh Taiwan Excellence dengan kerjasama Acer Predator, ASUS Republic of Gamers, MSI dan turut disokong oleh syarikat-syarikat teknologi dari Taiwan seperti Aorus dari Gigabyte, D-Link, In Win, Kingmax, TeamGroup, Thermaltake, Transcend dan Adata XPG.

Pertandingan ini membolehkan para pemain e-sukan dan pelanggan berpeluang untuk mencuba produk dan teknologi e-sukan dari Taiwan termasuk misi utama adalah meningkatkan mutu industri e-sukan di Malaysia.

“Ia adalah satu penghargaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan ini di Malaysia, dan kami berbesar hati untuk menerima sambutan menggalakkan melalui inisiatif ini,” kata Patty Yen, Timbalan Pengarah Eksekutif Jabatan Pemasaran Strategik, Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA).

“TEIB telah membolehkan kami mendekati komuniti e-Sukan yang semakin berkembang dan universiti-universiti di Malaysia, dan juga membolehkan kami mempamer produk dan teknologi yang terbaik dari Taiwan. Kami berharap boleh menganjurkan pertandingan ini setiap tahun.

TEIB juga bertujuan untuk membangunkan industri e-sukan dan menyatukan semua permain e-sukan di Malaysia dan pada masa yang sama membolehkan syarikat Taiwan mempamerkan produk terbaru yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini.

Taiwan Excellence mempunyai sasaran untuk memperkenalkan lebih produk dan pengalaman dari Taiwan kepada pengguna di Malaysia dan seluruh dunia.

Mengenai Taiwan Excellence

Taiwan Excellence adalah simbol yang menampilkan produk yang paling inovatif dari Taiwan yang memberikan nilai yang luar biasa kepada pengguna di seluruh dunia.
Semua produk yang membawa simbol ini telah dipilih sebagai pemenang “Taiwan Excellence Award” yang khusus berdasarkan prestasi cemerlang R & D, reka bentuk, kualiti, pemasaran dan diperbuat dari Taiwan. Anugerah ini telah dimulakan oleh R.O.C. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 1992 dan simbol Taiwan Excellence telah diiktiraf oleh lebih dari 100 buah negara di seluruh dunia.

Untuk kemas kini maklumat terkini, sila ikuti kami di:

TAIWAN EXCELLENCE Laman Web Rasmi : https://www.taiwanexcellence.org/
TAIWAN EXCELLENCE Facebook rasmi : https://www.facebook.com/TaiwanExcellence.MY
TAIWAN EXCELLENCE Official Instagram : https://www.instagram.com/taiwanexcellencemy/
Laman Web Rasmi TEIB : https://events.taiwanexcellence.org/teib2018//

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.