Huawei Porsche Design Mate 20 RS dengan 8GB RAM dan reka bentuk kulit turut dilancarkan
Selain Huawei Mate 20, Mate 20 Pro dan telefon pintar gergasi Mate 20X, Huawei telah turut melancarkan Huawei porsche Design Mate 20 RS.
Huawei porsche Design Mate 20 RS hadir dengan reka bentuk kulit yang lebih mewah dengan satu jalur Porsche Design yang dikenali sebagai Racing Stripes.
Huawei porsche Design Mate 20 RS ini juga hadir dengan tetapan tiga kamera Leica yang sama seperti pada Mate 20 Pro iaitu kamera lensa lebar 40MP f/1.8, lensa ultra lebar 20MP dan lensa telefoto 8MP selain kamera selfie AI 24MP.
Selain itu, kapasiti bateri Huawei porsche Design Mate 20 RS juga sama seperti pada Mate 20 Pro iaitu 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W yang mampu memberikan 70% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja dan terdapat juga pengecasan tanpa wayar serta sokongan pengecasan tanpa wayar ke/dari petanti lain (reverse charging).
Apa yang membezakan Huawei porsche Design Mate 20 RS dengan Mate 20 Pro adalah pengunaan 8GB RAM bersama-sama pemproses Kirin 980 dan kapasiti memori simpanan dalaman juga lebih besar iaitu 256GB atau 512GB.
Huawei Porsche Design Mate 20 RS akan turut hadir dengan EMUI 9.0 yang berasaskan sistem operasi terbaru Android 9.0 Pie.
Huawei Porsche Design Mate 20 RS akan mula memasuki pasaran pada 16 November 2018 dengan harga penjualan €1695 (RM 8159) dan €2095 (RM 10,066).
Status penawaran Huawei Porsche Design Mate 20 RS di Malaysia masih belum diketahui.