Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anda boleh menempah Asus ROG Phone di Shopee tengah malam ini dengan deposit RM 999

Minggu lalu, Directd telah membuka pra-tempahan bagi telefon pintar gaming Asus ROG Phone yang memberikan kita petunjuk jelas telefon pintar ini semakin hampir untuk memasuki pasaran Malaysia.

Lebih menarik, pada 16 Oktober ini, Shopee akan mengadakan kempen Asus Super Brand Day dan syarikat ini nampaknya akan menawarkan tempahan Asus ROG Phone dengan deposit RM 999 sahaja.

Selain itu, bagi yang melakukan tempahan ‘blind preorder’ ini, anda akan turut menerima hadiah misteri secara percuma.

Tempahan bagi Asus ROG Phone di Shopee akan dibuka tengah malam ini dan pastikan and tidak terlepas peluang keemasan untuk menjadi antara pemilik terawal telefon pintar gaming terbaik didunia ini.

Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat harga dan aksesori yang ditawarkan bersama Asus ROG Phone ini, segala maklumat  akan diumumkan pada 22 Oktober yang akan menjadi tarikh telefon pintar ini memasuki pasaran Malaysia.

Harga penjualan Asus ROG Phone ini mungkin ditetapkan pada harga sekitar RM 3,999-RM 4,999 dan ianya bergantung kepada aksesori yang disertakan bersama-sama telefon pintar super ini ( Directd memberikan anggaran harga penjualan ROG Phone adalah RM 3,xxx).

Tempahan boleh dilakukan di SiNi

Maklumat lanjut mengenai Asus ROG Phone boleh anda ketahui di sini

Nantikan laporan penuh dari majlis pelancaran Asus ROG Phone di Malaysia yang akan kami hadiri pada 22 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.