Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega – antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 1

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega – antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran

Pendahuluan

Muzik dan hiburan telah menjadi sebahagian daripada hidup kita tidak kira ketika didalam perjalanan ke tempat kerja atau beriadah bersama keluarga.

Tronsmart Element Mega adalah teman muzik anda yang terbaik dipasaran dan kami telah diberikan peluang untuk menguji speaker Bluetooth terbaru daripada Tronsmart yang kini ditawarkan di Malaysia.

Berikut adalah ulasan komprehensif Tronsmart Element Mega Bluetooth Speaker.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 2

Apa yang ada didalam kotak

Dengan pembelian Tronsmart Element Mega Bluetooth Speaker, anda akan menerima satu unit pembesar suara Bluetooth, satu kable pengecasan USB, kable audio 3.5mm, kad waranti dan manual pengunaan.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 3

Reka bentuk

Tronsmart Element Mega Bluetooth Speaker hadir dengan reka bentuk bongkah berwarna hitam yang amat premium dan turut dilengkapi panel sesentuh yang memudahkan lagi untuk anda menukar lagu, menaikkan atau mengurangkan kelantangan muzik dan turut hadir dengan sokongan NFC.

Keseluruhan speaker Tronsmart Element Mega ini dilapik dengan gril dengan kemasan yang sempurna.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 4ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 5

Pada bahagian atas, Tronsmart Element Mega  dipenuhi dengan panel sesentuh yang mana anda boleh melaras bunyi dengan sentuhan atau menukar lagu dengan mudah.

Panel sesentuh ini juga hadir dengan lampu yang mengelilingi keseluruhan panel dan lampu turut menerangi butang-butang yang disertakan.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 6

Anda juga boleh menukar mod pembesar suara Tronsmart Element Mega ini melalui panel sesentuh ini selain menghubungkan telefon pintar anda melalui NFC.

Pada bahagian bawah, pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini juga memiliki satu pad pelekap pada setiap sisi untuk memberikan cengkaman ketika diletakkan diatas meja atau dimana-mana permukaan sahaja.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 7

Dibahagian belakang, terdapat butang kuasa ON/OFF, slot pengecasan USB, slot audio 3.5mm dan slot TF card yang menyokong kad microSD.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 8

Pada bahagian hadapan tulisan Tronsmart ditulis diatas gril pembesar suara Tronsmart Element Mega Bluetooth Speaker ini.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 9

Kelantangan Muzik

Kualiti sesuatu pembesar suara Bluetooth akan dinilai dengan tahap kelantangan muzik yang dimainkan selain kualiti audio yang dikeluarkan.

Tronsmart Element Mega dengan pembesar suara 40W telah menepati kedua-dua keperluan asas ini dan kami sangat kagum dengan output muzik yang boleh dikeluarkan oleh peranti kompak ini.

Kelantangan muzik yang dimainkan melalui Tronsmart Element Mega ini sangat lantang dan ianya ujian kami membuktikan bunyi ini mampu didengari jauh dari sumber.

Separuh kelantangan pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini dilhat sudah mencukupi untuk pendengaran muzik yang selesa yang jika berada pada persekitaran yang lebih terbuka atau bising, anda boleh menaikkan lagi kekuatan bunyi pembesar suara Tronsmart ini.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 10

Bateri

Pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini hadir dengan jangka hayat bateri selama 15 jam dengan satu pengecasan penuh dan ianya dilihat mencukupi untuk melalui satu hari penuh aktiviti diluar rumah seperti perkhemahan atau berkelah di pantai.

Bateri yang disertakan pada pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega adalah berkapasiti 3,300mAh (pengecasan melalui USB 2.0) yang memberikan anda maraton muzik selama 15 jam tanpa henti walaupun satu saat.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 11

Penghasilan Muzik

Pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini hadir dengan 3D bunyi digital yang dipadankan dengan teknologi DSP membolehkan anda menikmati kualiti muzik yang sangat jelas tanpa sebarang kekurangan kualiti pada apa sahaja persekitaran yang anda berada.

Dengan 28 teras subwoofer berkecekapan tinggi, pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini mampu mengeluarkan output 40W yang sudah pasti akan membuatkan anda terpukau dengan kebolehanya.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 12

Sambungan

pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini hadir dengan Bluetooth 4.2 yang mana ianya membolehkan dua unit pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini disambungkan pada peranti yang sama untuk pengalaman muzik stereo yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pembesar suara Bluetooth dipasaran.

Jarak sokongan pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini dengan peranti adalah sekitar 20M iaitu pada persekitaran yang terbuka.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 13

Selain itu, pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini juga hadir dengan sambungan NFC yang membolehkan sambungan dilakukan dengan hanya menyentuh peranti anda pada panel sesentuh pembesar suara ini.’

Lain-lain sambungan yang disokong pada pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini adalah melalui kable audio 3.5mm, card memori TF atau lebih glamor dengan nama kad microSD.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 14

Penutup

Walaupun hanya bersama kami beberapa hari, Pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega telah membuktikan kepada kami bahawa ianya mempunyai kebolehan yang mampu menepati kesemua ciri yang anda mahu pada satu pembesar suara seperti ini.

Walaupun mempunyai harga penjualan yang sedikit tinggi iaitu sekitar RM 239, kami yakin setiap ringgit yang anda bayar untuk pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element Mega ini adalah berbaloi dan tidak akan merugikan anda.

ULASAN: Pembesar Suara Bluetooth Tronsmart Element Mega - antara pembesar suara bluetooth paling kuat dipasaran 15

Dimana anda boleh beli Tronsmart Element Mega Bluetooth Speaker?

Tronsmart Element Mega Bluetooth Speaker ini boleh dibeli melalui stor rasmi Tronsmart Malaysia di platform e-perdagangan terkemuka di Malaysia iaitu Shopee, Lazada dan 11Street.

Harga penjualan pembesar suara Tronsmart Element Mega ini adalah RM 239 sahaja dan ianya hadir dengan jaminan waranti rasmi Tronsmart selama 18 bulan.

Berikut adalah pautan untuk ke stor atas talian rasmi Tronsmart Malaysia :

maklumat lanjut mengenai Tronsmart Element Mega boleh diketahui di laman rasmi Tronsmart

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.